Tuesday, June 29, 2021

PDPR 290621 (Selasa) : Lukisan Seting - Peralatan Seterika Pakaian

PDPR 290621 (Selasa)  

Lukisan Seting

Tajuk : Peralatan seterika pakaian
Masa : 3 jam
Masa siap lukis : 2 jam


Arahan : 

Sila lukis seting 'peralatan seterika pakaian' dengan menggunakan media kering. 

Berikan penekanan kepada perincian, skala, ruang, bentuk serta ton.


Anda boleh merujuk cara melukis melalui pautan ini 


Lakaran awal pelajar

Friday, June 25, 2021

PDPR 250621 (Jumaat) : Lukisan Gubahan - Perekaan Automotif - Trak/Lori/Prime Mover (Soalan 3)

 PDPR 250621 (Jumaat)

Soalan 3 : Pilih satu reka bentuk yang terbaik dan lukis semula rekaan tersebut dalam kertas lukisan kedua

Contoh lukisan

Hasil lukisan pelajar :


Shuhada
Soalan 3 : Ciri gajah tidak ditonjolkan. Roda tidak dilukis dengan sekata. Rekabentuk kurang menarik.

Awadah
Soalan 3 : Lukisan yang agak baik. Rekabentuk yang biasa dilihat di jalan raya.

Syikin
Soalan 3 : Setiap perubahan di soalan 3 perlu dijajarkan untuk soalan 2. Lukisan baik. Menampakkan rekabentuk yang menarik dan bercirikan gajah

Thursday, June 24, 2021

PDPR 240621 (Khamis) : Lukisan Gubahan - Perekaan Automotif - Trak/Lori/Prime Mover (Soalan 1 & Soalan 2)

 PDPR 240621 (Khamis) & PDPR 250621 (Jumaat)


Lukisan Gubahan

Tajuk : Perekaan Automotif - Trak/Lori/Prime Mover
Subjek : Gajah Afrika
Masa : 3 jam
Rujukan Google : Animal Truck Design


Contoh : 




Arahan : 

Anda perlu menggunakan 2 helai kertas lukisan. Jika tiada boleh guna kertas A4/apa2 kertas bersaiz A4 hatta kotak sekalipun. Tiada alasan untuk tak melukis.

PDPR 240621 (Khamis)
Soalan 1 : Lukis semula gambar yang diberi dengan menggunakan media kering dalam kertas yang pertama

Soalan 2 : Gubah 3 lakaran reka bentuk trak berasaskan subjek gajah juga dalam kertas lukisan pertama (boleh guna pensel atau pensel warna)

PDPR 250621 (Jumaat)
Soalan 3 : Pilih satu reka bentuk yang terbaik dan lukis semula rekaan tersebut dalam kertas lukisan kedua

Anda boleh merujuk cara melukis melalui pautan ini 

Hasil lakaran pelajar :

Syikin
Soalan 1 : Perlu gelapkan lagi bahagian gelap
Soalan 2 : Lakaran rekabentuk perlu menampakkan ciri gajah. Lakaran ketiga perlu ditambah baik. Jarak antara roda tidak nampak logik.

Awadah
Soalan 1 : Perlu berani untuk gunakan pensel yang lebih gelap
Soalan 2 : Rekabentuk boleh diterima, ada menampakkan ciri gajah. Kreativiti dalam merekabentuk boleh diasah lagi

Shuhada
Soalan 1 : Kadar banding tidak berpadanan dengan subjek 
Soalan 2 : Pensel perlu ditekan semasa melakar. Nampakkan bentuk trak. Ciri utama gajah tidak ditonjolkan dalam ketiga-tiga rekabentuk trak

Tuesday, June 22, 2021

PDPR 220621 (Selasa)

PDPR 220621 (Selasa)  

Lukisan Seting

Tajuk : Peralatan mencuci
Masa : 3 jam


Arahan : 

Sila lukis seting 'peralatan mencuci' dengan menggunakan media kering. 

Berikan penekanan kepada perincian, skala, ruang, bentuk serta ton.


Anda boleh merujuk cara melukis melalui pautan ini 





Lakaran awal pelajar

Wednesday, June 16, 2021

PDPR 170621 (Khamis) & PDPR 180621 (Jumaat)

PDPR 170621 (Khamis) & PDPR 180621 (Jumaat)

Lukisan Gubahan

Tajuk : Watak animasi/adiwira/kartun
Masa : 3 jam

Arahan : 

Anda perlu menggunakan 2 helai kertas lukisan. Jika tiada boleh guna kertas A4/apa2 kertas bersaiz A4 hatta kotak sekalipun. Tiada alasan untuk tak melukis.

PDPR 170621 (Khamis)
Soalan 1 : Lukis semula gambar yang diberi dengan menggunakan PENSEL WARNA  dalam kertas yang pertama

Soalan 2 : Gubah subjek yang diberi menjadi watak animasi/adiwira/kartun sebanyak 3 gubahan juga dalam kertas pertama (boleh guna pensel atau pensel warna)

PDPR 180621 (Jumaat)
Soalan 3 : Pilih satu watak animasi yang terbaik dan lukis semula watak animasi tersebut dalam kertas lukisan kedua

Anda boleh merujuk cara melukis melalui pautan ini 


Tuesday, June 15, 2021

PDPR 150621 (Selasa)

 PDPR 150621 (Selasa)

Arahan : Dengan menggunakan media kering (pensel/pensel warna/pastel dll), sila lukiskan seting yang ditunjukkan. Berikan penekanan kepada teknik, ruang, ton serta perspektif.


Hasil lukisan awal pelajar