Thursday, May 20, 2010

Dermalah Darah Anda...

Mungkin ramai diantara kita tidak pernah menderma darah. Saya boleh dikategorikan penderma tegar dan setakat ni dah pun menderma sebanyak tuuuttt kali dan kebanyakannya di Hospital Parit Buntar atau mana-mana anjuran Kementerian Kesihatan.

Namun sejak akhir-akhir ini apa yang saya perhatikan majoriti penderma darah sekarang telah bertukar jika dulunya dipenuhi kaum Melayu kini kaum Cina mendominasi carta sebagai penderma. Ini kerana mungkin mereka sedar akan kebaikan menderma darah. Bila kita menderma darah (biasanya 1 pain) tubuh kita akan memproses darah baru bermakna darah lama kita akan dikeluarkan. Macam minyak hitam kereta la...kalau tak ditukar berat rasenye nak bawak kete. Namun pastikan ubat yang disediakan (vitamin) dimakan k.

Saya menyeru rakan2 dan semua marilah sama2 menderma darah dan perolehi manfaatnya disamping membantu orang lain lebih2 lagi jika anda berdarah 'O+ve' seperti saya yang amat2 diperlukan.

Alhamdulillah, kesihatan akan lebih baik kalau kita selalu menderma darah. Ramai yang kata badan boleh jadi gemuk. Memang la akan gemuk kalau makan tak kontrol. pada pandangan akula... bila darah kurang perut akan cepat lapar. Sebab tu la banyak makan. Apabila dikaji lagi orang Cina suka derma darah selain daripada tolong orang, mereka juga diberi keistimewaan dalam perkhidmatan kesihatan. Orang Cina ramai yang bekerja sendiri, untuk ke swasta memerlukan kos yang tinggi. kalau orang gov mcm aku ni tak payah derma pun takpe sbb bil dibayar kerajaan. kalau orang yang keje sendiri dan berniaga? so, dgn cara derma darahla diorang boleh merancang untuk kesihatan. mungkin bukan untuk masa sekarang. bile time tua nanti... badan dah larat.

Monday, May 10, 2010

Hostellica’s Part 1

Hai! Assalamualaikum dan salam sejahtera… Korang mesti tak kenal aku punya, betol tak? Aku sendiri pun tak kenal korang.. hehehe. Ni bukanla muke aku yang sebenornye, pasal aku tak pandai nak lukih muke sendiri. Main belasah je, asal nampak brutal cukupla.

Amacam… selekeh tak aku? Sebelum terlupa… nama aku Redzuan bin shamsuddin atau dalam bahasa standardnye Wan je. Aku ade banyak lagi nama yang best2 padahal tak best pun… kahkahakha. Antarenye Wan8a, Tarabas, Andika, bangla dan macam2 lagi la. Hihi.

Aku sebenarnye tak tahu ape bende yang aku nak cerite sebenonye. Apa2 pun korang bace jek la, jangan banyak songeh. Lagi pun aku nak lepaskan boring jek. Cerite yang aku nak tulis bukannye best sangat. Nak tau tau apasal tajuk cerite ni Hostellica? Sebab.. aku pernah duduk kat asrama selama 2 tahun tapi cukup banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar di asrama. Faham ke tak? Kalo tak paham, lantak korang la. Pedulik hapa aku.

Masa aku sekolah rendah, aku mengaji kat Sekolah Rendah Kebangsaan Bagan Serai. Nakal kot aku mase tu. Ntah, tak tauler. Budak pompuan kelas aku mesti ingat aku punyo sebab aku suke kaco orang. Kelas 6 Ikhlas, kononnye kelsa pandai le nih, padahal aku tak pandai pun. Kahkahakh. Pernah sekali tu dapat makan penampar dengan sorang budak pompuan tu. Terkedu gak aku dibuatnye. Last2, UPSR aku dapat 2A2B je. Terer tak aku? Hahaha.

Tamat darjah 6, aku masuk Sekolah Menengah Bagan Serai (sekarang SMK Bagan Serai). Sebelah dengan sekolah rendah jek. Ingatkan kalau dapat keputusan yang best, teringin gak nak masuk Maktab Tentera Diraja (MTD). Keputusan peksa cam hampeh. Sabor jekla. Aku rasa la kan… mase kat sini pun perangai aku tak berubah-ubah. Baju tak pernah seterika, kacau orang nombor 1. haha. Tapi aku cume kacau yang rapat2 jek la. Kebanyakkanye pulak yang kene kacau tu budak kelas aku mase sekolah rendah. Antare yang selalu kene …hmm… Subanjally, Renuga, Angela, Liyana Faryanti, Zul, Sam, Ajip, Acai, ijai, Ainal dan banyak lagi la. Letihla aku nak tulis semua.

Kalau nak citer pasal orang yang aku suke lak… banyak sangat. Hahah. Tapi tu la aku tak pandai bab2 ni. Budak first yang aku syok name die Mahyatun Akma. Dia la yang bagi aku penampar sulung die tuh. Die pindah ke Sekolah Muhammad Jiwa dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Lepas tu, aku syok pulak kat Liyana. Die pun pindah sekolah gak pasal ikut bapak die.. frust betol aku.

Masuk Tingkatan 3, aku digosipkan pulok dengan si Azwa Zuraini, kecik molek jek orangnye… buleh la tahan. Entah budak mane la yang gatal mulut tu pun aku tak tau. Tapi cikgu Bahasa Inggeris aku pun terikut-ikut gak kenenkan aku dengan minah nih. Name cikgu aku ni kitorang panggil Miss Vimala kalau tak silap. Tapi aku buat dek jek pasal cikgu aku ni buat lawak jek. Kitorang takut kat cikgu ni sebab die garang. Kalo kete die takde memang seronokla kiteorang satu kelas. Dah lama pastu.. dah tak dengar lagi pasal aku dengan Azwa ni. Orang brutal macam aku mane buleh ada awek. Ceh.. padahal dalam hati nak gak sorang. Hehehe. Lupe pulak nak citer, aku ni antare yang terpendek sekali kat sekolah. Aku duduk dalam kelas Kenanga, first rankingnye kelas. Tapi harap je kelas nombor satu tapi aku macam tu jugak, pemalas nak mampos. Aku pergi sekolah naik beskal racing aku tu. Mule-mule dulu naik bas, lame2 jadik boring lak. Tu yang tukar tuh. Lagi pun aku tak nak bebankan mak ayah aku nak bayor tambang bas tiap-tiap bulan. Walaupun jauh gak nak gi sekolah tapi seronok sebab aku dapat berlumba dengan ex bas sekolah aku dulu tapi aku tetap kalah punya. Sekali pun aku memaksimumkan kayuhan kepada 250000 hp atau dalam kata lain kuasa 10 petala langit.. kalah jugak akhirnya. Biase la kan, hero mesti kalah dulu. Hikkhikhik. Lagi pun gilo la kuasa enjin nak lawan kuasa tulang reput 4 kerat aku nih.

Hmm… gi sekolah aku sikat tepi rambut aku nih bagi nampak klasik sikit, baru nampak cam budak baik sikit. Sebab lain, ayah aku sikat camtu sejak kecik. Kahkahkah. Aku ubah stail rambut aku akhir Form 5. Tu pun sekali sekala kalau rambut aku panjangla.

Exam kat sekolah ni teruk sangat aku dapat. Bukan senang nak fight dengan baba, nyonya, amoi-amoi kat sini. Power-power semua. Jangan harapla nak dapat tempat top ten. Top ten dari belakang buleh la. Hahaha. Begitu la nasib budak Melayu kat sekolah yang majoritinye Cine.

Aku duduk sebelah Zul sejak Tingkatan 2. Disebabkan kedengkian dan sifat pengacau yang ada dalam badan aku ni, pernah aku makan penampar sekali lagi dengan Zul ni. Syok woo.. buleh senyum lagi tu. Tu la… kacau lagi orang tengah study. Padan muka aku. Tingkatan 1 aku duduk sebelah budak Cina. Name die Neoh Yeong Hua.

Time PMR je, mula la gelabah. Hapah pun tak study lagi. Peksa tinggal lagi sepurnama. Aku paksa diri aku untuk bace buku. Baca sepintas lalu je pasal banyak lagi yang aku nak kejar. Aku ambik kelas tuisyen Matematik dengan Pak Su kat Pusat Bandar Bagan Serai. Sebulan 12 ringgit. Time tu nilai 10 ringgit pun dah kire tinggi dah. Pak Su ni pun aku kenal dari membe-membe yang tuisyen dengan die. Nasibla amik tuisyen, Matematik aku tak lagi macam kambing macam dulu. Teruk gile wa cakap lu.

Hari peksa pun sampai, aku seronok sangat tak tau kenape. Aku pun pelik gak dengan diri aku mase tu. Nak mampos agaknye. Hehehe. Tapi satu bende malang terjadi kat aku time exam tu. Aku eksiden dengan motor masa balik dari sekolah. Periksa habis awal pagi hari tu, aku pun nak cepat-cepat balik sebab pukul 2 petang aku ada exam Matematik. Pederas habih aku bawak beskal. Sampai kat satu kedai buku, satu motor tibe-tibe je pusing. Aku tak sempat nak elak apatah lagi nak brek. Bang !!! abis bengkok rim beskal aku.

”Dik … takde ape-ape ke ?”, orang tu bertanye kat aku.

“Takde bang..ok..ok”, jawab aku padahal aku nak kata ”korokmu sakit tulang pankreas aku”, aku pun kene la jage saham .. heh hehehe. Kalo tak , tak macho la kan? Kihkihkih. Lelaki sejati mane buleh merungut.

Habis exam, lepak kat umah diam-diam. Satu hari tu akak aku cakap aku dapat 8ª dalam PMR. Terkezut aku dibuatnye. Aku ingatkan die tipu rerupanye betol. Akak aku selalu kenekan aku. Tu yang buat aku tak caye kat die. Aku sebenarnye memang tak tahu langsung yang hari tu result keluar. Nasib baik kawan aku tepon rumah. Akak aku yang angkat. Aku ingatkan akak aku main-main rupanya betul-betul real. Aku terus balik rumah. Masa tu aku tengah main kat surau.. hmm.. aku pun tak ingat aku main ape. Kanak-kanak riang la katekan aku ni. Hahaha.

Bila sampai je kat rumah, aku bersiap ala kadar je. Seluk kasut sekolah akak aku. Nak buat camane, kasut aku tak pernah basuh sejak habis sekolah. Buruk lagi mengotorkan. Heheheh. Aku gi sekolah dengan sepupu aku naik motor die. Sampai je sekolah, semua kawan-kawan aku dah ambik result diorang. Aku je yang belum. Semuanya muka-muka ceriakat wajah masing-masing, tak kurang jugak muka-muka yang beria lagi ntah hapa-hapa. Aku cube tenangkan hati. Lepas tu aku gi pejabat sekolah. Sampai je kat situ, ada satu cikgu yang nama die apetah… tak ingat lak aku. Tapi aku kenal la dia pasal dia bapak geng aku, K. Rubanesan (kitorang panggil Ruban @ Rubah). Die tanye name aku,
“Siapa nama awak?”, katenye.

“Redzuan bin Shamsuddin”, aku jawab.
“Hmmm.. biar saye cari sekejap… one.. rende.. mune.. nale… bla.. bla..bla… hah ini dia”, die jual.

Aku pun membeli, “Terime kasih cikgu”.

“Bagus aaa..awak… semua A”, dia puji.

Dengan muka yang berseri-seri ditambha pulak hidung kembang semangkuk kemudian dicampur hati yang girang serta senyum yang tak terhingga, aku pergi carik kengkawan aku yang lain. Tablemate aku, zul dapat sama dengan aku jugak, 8A flat. Tak sangka kami berdua buleh dapat result yang sama. Dah la duduk sebelah menyebelah, ketinggian pun hampir same cume bezanye rambut die kerinting cam dawai, gigi die jongang sikit. Cit, mengumpat orang pulak aku nih. Hahaha.

Aku bersyukur kepada tuhan pasal dapat keputusan yang tak aku jangka ni. Allah SWT dah makbulkan doa yang aku panjatkan kepada-Nya setiap hari. Baru la aku sedar betapa pentingnye solat yang wajib sert adoa yang dibaca. Dulu aku begitu lalai sampai lupa apa yang wajib aku lakukan. Astaghfirullahalazim. Aku start semayang penuh dalam sebulan sebelum exam kot lepas dengar ceramah, belaja teruk mane pun kalo semayang tak, doa yang kite mintak gerenti tak makbul punye. Sebelum ni memang liat la bab semayang ni. Semayang maghrib jek rajin. Heheh. Mule-mule tu susah gak nak biasekan diri. Mule sikit-sikit… lame-lame ok dah la.

Memang aku tak sangka aku akan dapat keputusan macam ni pasal target pun 5A je. Dulu, mase percubaan pun aku langsung tak dapat A dalam mane-mane subjek. Cume dapat 4B4C. Best tak result aku time percubaan? Hahaha. Cikgu separuh tak percaye. Ade 6 orang dapat 8A. 2 Malays and 4 Chinese.

Tapi 8A yang aku dapat tu bukannye cemerlang pasal kerja kursus Kemahiran Hidup aku hanya memuaskan aje. Tak minat aku nak bukak bisnes. Boring woo nak buat kertas projek. Macam-macam bende nak kene pikir. Yang penting aku dapat result paling bagus dalam hidup aku. Yeah!!

Lepas tu pulak ayah dengan abang ipar aku buat kenduri mase raye puasa pasal anak die yang jugak merangkap anak sedara aku dapat 8A1B dalam PMR. Aku takdak hal punye, janji aku raya jugak. Duit mau penuh kali ni.

Then, timbul pulak masalah baru, patutkah aku duduk lagi kat sekolah tu? Satu haprak borang pun aku tak isi. Macam mana nak dapat sekolah asrama kalo dah macam tu. Nak mintak masuk MRSM pun dah tak boleh sebab dulu aku tak layak nak ambik ujian kelayakan pasal diorang nak tengok result ujian pertengahan tahun padahal result aku macam cipan. Nak masuk sekolah asrama penuh pulak aku tak antor borangnye sebab aku demam campak 2 minggu. Borang dah siap cume tinggal nak hantar jek lagi. Nak buek camno. Sabor lagi le jawabnye. Aku cume hantar borang sekolah teknik je pasal itu je harapan nak blah dari sekolah lame yang ada.

Cuti sekoalh dah habis…maka bermula musi sekolah balik. Aku masih berperangai macam dulu, tak habis-habis mengacau orang. Sejak akhir-akhir ni memang aku dah tak rase best duduk kat sekolah ni. Makin lama makin boring. Ada banyak sebab nape aku rase nak blah dari situ. Sebab utamanya, keja sekolah yang menimbun rasenye. Dah tak larat aku nak buat. Aku suka sangat tangguh-tangguh kerja. Sebab yang lain pulak… hmm… aku nak rasa nduduk kat asrama. Dengar cerita dari budak-budak yang pernah duduk asrama nampak macam best je. Lepas tu, aku rasa nak belajor hidup berdikari dan yang sampingannye pulak aku nak carik awaek.. hehehe. Abang-abang aku masuk asrama je, mesti ada gambar awek sorang. Aku pun nak ikut same.

Tak lama lepas tu keputusan kemasukan ke sekolah asrama diumumkan. Zul dah dapat tawaran ke MRSM Balik Pulau. Ajip pulak yang dapat 6A2B ditawarkan ke MRSM Beseri Perlis. Ijai pulak dapat Teknik Slim River dengan result 5Anye. Budak-budak lain ramai yang dapat Sekolah Menengah Teknik Kerian. Yang aku ni pulak yang tak dapat lagi. Tensen betol. Takkan aku aje yang tinggal kat sini? Tertekan betul jiwa raga aku. Tiap-tiap hari aku tunggu Mr. Posmen tu kot-kot ada surat untuk aku. Tapi pandai-pandai la aku cover perangai aku yang tensen tu. Orang yang brutal kena tenang setiap mase. Betol tak ? haha.

Akhirnya benda yang aku tunggu-tungu sampai jugak kat tangan aku ni. Yahoo.. aku dapat Sekolah Menengah Teknik Taiping. Jadi la asalkan aku dapat blah dari sekolah ni. Seronok bukan kepalang.

Aku hanya ada seminggu je nak prepare semua barang dan nak settlekan borang-borang ni. Bila aku sua je sijil berenti nak pindah sekolah… ada satu cikgu kata kat aku.. Redzuan, saya tak mau tengok muka awak lagi kat sini. Kalau awak datang balik, siap awak!!”., aku tersengih sebagaimana yang selalu aku buat. Heh…heh…heh.

Kini aku dah bersedia nak blah dari sini. Selamat tinggal Sekolah Menengah Bagan Serai dan apa khabaq Sekolah Menengah Teknik Taiping…Here i come…yeaha!!!

Maka bermula la hidup aku kat hostel. Amacam? Best tak intro aku yang panjang gile nih.. heheh

Hostellica’s Part 3

Tettenenenet… tettenenenet… tettenenenet. Eii…geramnye aku, jam sape plak le yang memekak pagi-pagi bute nih. Nak kate jam aku. Dah lame rasenye aku hancurkan. Bukan aku yang hancurkan, die jatuh dari katil 2 tingkat aku nih. Maleh lak nak repair. Dah tak boleh pakai dah pun.

Ala

! Beli lelong 2 ringgit je. Hahaha. Tapi

kan

, dah kol berape sekarang ni? Kenape macam dah cerah sangat ni? Ha!! 8.45!! arghhhhh..!! kantoi lagi. Ni yang aku tensen ni. Masuk kali ni dah seminggu berturut-turut aku kantoi Subuh. Bengang betol macam nih. Padan muke aku. Alamak!! Kelas pukul 9.00, abihla aku. Nampaknye kene qada’ lagikla Subuh time Zohor kang. Tak sempat dah ni nak buat sekarang. Tersengih aku sensorang dalam bilik 218 aku ni. Ahaksss.




“Lie…!! Tok!! Tok!!…Lie!! bangunla woi. Bangun gi mandi.. Tok!! Tok!!.. ado kelas ni. Mu tok gi ko?”, kate aku. Aku kendian terus gi bilik mandi Desasiswa Indah Kembara ni. Aku lihat muke aku kat cermin toilet. Aiseh, encem gak aku ni ek.. kekeke. Tapi kalo nak dibandingkan dengan budak lain, aku memang kene tinggal jauh la. Ramai lagi yang mukenye best-best kat USM ni. Tuh.. si Theli tu pun ok gak pe. Jul, Pian, Agus, Pok Le, Amir, arghhh… banyak lagi. Males la nak pikir. Hehehe. Ape ade pade rupe… nothing.




“Woi, cukuple tu Wan.. muke cam penyangak”, kate aku kat diri aku sendiri.

Ala

, lagi pun bukannye elok sangat tengok cermin lame-lame. Aku pun bukannye suke sangat tengok cermin…mengaborehkan.. eh… mengabihkan boreh yo.




Selesai je mandi aku terus bersiap nak gi kelas. Aku buat halaju sifar kat bilik 217, bilik Theli ni. Au ketuk pintu. Takde pulak yang sahut. Cinabeng. Bertuah punye budok, tak bangun lagi ropenye.




“Lie! Bangunle woi”, jerit aku.




Ade suare lemah menyahut dari dalam. Pastu tibe-tibe pintu bilik die terbukak. Terpacul si kurus ni kat depan mate. Dari hujung rambut sampai hujung kaki tak ubah macam

pontianak

cume rambut die je pendek. Kalo tak, sebijik wa cakap lu. Hahaha. Kendian Theli bersuara.




“Pok we… mu gi dulu la.. kalo ado apo-apo hal ko.. exam ko.. mu mesej aku deh”,…




“Hah… mu tok gi ko? Kecampreng tol, tak ke aku gi sore kot? Hmm.. iyola.. iyola… mu tu gi lo mandi”, aku kepelikkan sorang-sorang. Hehehe. Theli… Theli… hmm. Theli ni budak Kelantan. Sebab tu aku boleh cakap Kelantan sikit-sikit. Okes, sepanjang aku kenal die, die ok. Pak lawak

Malaysia

. Rambut tercacak cam tiang konkrit. Badan kurus. Tulang die buleh buat gitar. Ekekeke. Ah, lupekan pasal Theli. Pergi kelas dulu lerrr.




Ish, mane la budak nie? Ni yang tak bes ni. Aku tercari-cari seseorang. Orangnye hitam manis, hamper same tinggi dengan aku, simple tapi lembut dipandang… biasekla … mustila awex. Kahkahkah.

Ala

, kalo takde tak syokla aku arini. Hilang semangat belajor aku. Dapat tengok muke pun jadik la. Ah, musti montengla tuh. Pensyarah depan aku ni dok membebel bagi kuliah padahal aku satu hapah pun tak tau. Yang aku tau datang kuliah, amik nota. Denga kuliah, pahamnye tak. Hehehe. Tersenyum aku sensorang macam orang gile. Ape nak jadi dengan aku ni pun aku tak tau ler.




Dalam bas…aiseh…bosantol. Takde orang yang aku nak kacau. Dah la panas. Ade air-cond pun tak boleh harap.. leter aku dalam hati. Ramai betol orang harini. Ah! Aku bukannye kisah sangat…berdiri jela…nanti lambat laun sampai gak desa.




Aku tengok sekeliling bas. Alahai!! Ramainye perempuan. Rase nak ngorat pun ade tapi…hehehe…gua tak reti la bab-bab ngorat ni. Bile aku renung balik…mane paginye siswa lelaki? Ramai giler pompuan kat USM ni. Aku rase bukan USM je…maybe kat U-U lain camtu gak kot. Memang buleh tengokla beza pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Naikje bas komuter USM ni…

bas

Park

May warne merah… habis pompuan conquere. Yang lelakinye ciput je kat belakang. Aku rasela kalo semua pompuan dalam bas ni naik angin…kecut gak perut aku. Ahaks. Penyet hidung aku yang sedia ni.




Eh…tak terase lak naik bas.. dah sampai Desasiswa Aman Damai dah pun dek mengelamun punye pasal. Orang dah makin susut dalam bas. Maknenye buleh la aku duduk. Syoknyeee!!!hikhik.




Aku amik seat sebelah kiri bersebelahan dekat dengan cermin. Nape? Haha. Biasela… aku memang suke duduk dekat cermin. Boleh tengok luar. Dan satu lagi yang paling penting… tuh…Desa Damai ni ha….ni la tempat si hitam manis tu tinggal. Orang kate kalo tak dapat tengok muke, tengok desa pun jadila. Hakhakhak. Budustol aku ni.




Huh…huh…sampai gak aku kat bilik aku ni. Tu la susahnye kalo bilik aras 3 ni. Penat, mengantuk, letih… sumenye ade. Papehal pun baik aku semayang dulu. Pastu bleyla aku belingkar ular sawe. Kehkehkeh. Lagi pun Zohor dah nak masuk nih.




Beberape hari kemudian, Sue tepon aku. Hakhakhak. Sue ni kawan matrix aku dulu. Rapatla gak. Ade lagi geng-geng aku…C-Tek, Linda, Edra. Kaki pompuan gak aku ni. Hmmm.. Sue tepon aku saje jek tanye kabor. Katenye dah lame tak dengor cite aku. Pehtu…




“Ha baby! Takkan takde sape-sape lagi yang berkenan di hati kat sane tu?”, tanye Sue sambil ketawe.




“Ala Sue, sapela yang nak kat aku? Aku bukannye terer…harte takde …rupe macam tiang letrik…heheheh”, kate aku berseloroh.




“Ceh! Ke ko yang jual mahal?”,…




“Takpe ah Sue…nanti arr aku carik pastu aku tunjuk kat kao… hahaha”,…




“Yela tu… kalo tak dapat carik.. aku

kan

ade”, gelak Sue.




“Hmm…tengokla dulu”,…




“Ei baby! Aku gi dulu ek… kang abih lak kredit aku ni. Nak harapkan ko tepon Sue…tunggu kucing bertanduklerr”, kate Sue.




“Hahahaha, oklerrr… bukan tak nak tepon tapi sekarang ni tengah gawat om!”, balas ku.




“Hah, banyakla konye alasan…ok… take care baby”,…




“Okes-okes…roger n out, ko pun same, jage diri baik-baik, belajor rajin-rajin, makan jangan banyak sangat…nanti boroi…sape yang susah? Ko gak… ekekeeke!”,…




“Hampesnye baby…ok le …bye”,…




“Bye…”,…Aku mematikan henset telepon aku. Hehehe. Sue…Sue… tu je la kawan aku yang paling rajin tepon aku. Yang lain tah hilang ke mane. Linda langsung lost kontek. Nak harapkan aku tepon Sue tu… sekali sekala je. Tu pun kalo kaye syiling. Kalo tak… jangan haraplerrr.




Time-time giniler nak ingat member lame. Sue…Zidane…Pok Chek. Linda…Hanim…Jalie…Jenal…Edra… Raja…Ijat…Arie…Megat… Fazli… Brad… Pejoi dan banyak lagi. Takkan aku nak tulis semua kot…letih aaaa. Ekeke. Semuanye budak matrix. Aku dulu matrix dekat Sungkai, Perak. Name die Pusat Matrikulasi Kolej Tang… eh… Kolej Taj, Trolak Country Resorts, Sungkai, Perak Darul Redzuan. Hahaha..




Hmm… Kolej Taj.. sepanjang aku belajo kat situ macam-macam hal.. macam-macam peristiwa kenangan terpalit dalam kepala hotak aku yang bengong ni. Cantik sebenanye Kolej Taj ni. Jalan berbukit-bukit. Ade tasik tapi tak bley mincing, kawasan sekeliling hijau jek, sejuk mate memandang. Dari atas bukit mahupun asrama buleh nampak Lebuhraya Utara Selatan.




Banyak benda yang aku tak boleh lupe. Antarenye time lompat pagor atau ‘fly’ mase nak outing. Pagar tu dah tak serupe pagar. Buat la pagar baru, sekejap je roboh balik. Terer-terer betoi budak Taj ni dalam lompat melompat tapi time sukan je… hampesss.. ahaksss. Aku antare pengikut-pengikut setia setia aktiviti ‘fly’ ni. Bukan ape, nak kuar ikut pintu depan punyerla jauh benor. Cume balik kampong je jadi baik sikit..ikut pintu depan. Tu pun pasal nak balik umah menghala ke

sana

. Pompuannye pon same naik gak. Lebih kurang tahannye buat keje-keje camni. Yela, bile lagi nak buat. Tak seronokla kalo tak buat…takde kenangan kat situ. Tapi ade satu kes tu

kan

… budak pompuan kene tangkap dek ‘fly’ lerr..pehtu kene.. eh, dimalukan depan student kat café. peh!! Ustaz yang buat.. bikin malu kompeni betolla. Tapi kesian gak. Ramai jugak yang tak puas hati dengan care Ustaz tu tapi yang pompuan la. Yang lelaki biasela mesti mengutuk punye. Nak fly tak pandai cilok. Pakai baju kurung kang tersangkut dawai pagar koyak plak ye tak? hehehehe




Ade lagi citer best… hehehe. Kalo ada budak kolej tak tau pasal hal ni memang sesangat lerr. Kes Erpa…Erpa mengamuk dirasuk hape tah. Aku pun tak tau. Erpa ni MPP kolej. Ade satu hari tu time kuliah. Tetibe je kecoh kat luar dewan kuliah (DK). Mase tu time Matematik. Aku pun dah tak ingat pensyarah yang mengajor aku tuh. GEMPAQ! ERPA mengamuk… ape lagi …semua keluar dari DK… nak tengokla … termasukla aku sekali J




Hmmm…dipendekkan cerite.. budak lelaki amik alih pegang si Erpa. Mak oi, kuat gile budak pompuan sorang ni. Patutla budak pompuan termengah-mengah pegang die. Aku join sekali time tu. Kami bawak masuk dalam surau. Bebudak semua baca surah Yassin. Pehtu die pengsan. Bile sedor je… suare die lain…lain dari suare betol die. Aku tau lerr… pasal aku kenal budak ni… aiseh.




“Bawak Erpa ke hospital!”, arah Tuan Haji. Tuan Haji ialah pengarah eksekutif kolej.die ni jenis tak percaye bab-bab ghaib ni. Bile ambulans datang je… diorang cakap diorang tak boleh bawak Erpa ke hospital pasal Erpa sihat. Ape lagi … Tuan Haji tak puas hati la. Die marah dekat paramedic tu. Aku yang ade kat situ rase macam nak tumbuk je Tuan Haji tuh. Die ingat die orang besor, orang kaye… macam bagus sangat nak sound-sound orang. Pehtu ambulans tu blah camtu je. Nasibla Tuan Haji tu dah tua… kalo tak… masuk lokap le aku. Tak pun aku takkan ade kat kolej tu lagi. Hikhikhik.




Tapikan yang aku tak boleh luper sekali time Erpa mengamuk gigit pisau kat asrama perempuan. Pehhh!!! Best gilerrr. Semua yang ade kat situ bertempiaran lari bile Erpa dapat pecahkan tingkap dan keluar dari bilik die. Bebudak perempuan menjerit. Aku lak ade kat dalam asrama pompuan…tolong bebudak lelaki tahan pintu supaye die tak keluar ikut situ. Kalo terlepas dalam asrama tu alamatnye arwah la aku. Jangan memain, pisau tu!! Tak lame lepas tu, semua ramai-ramai tangkap Erpa lepas die pengsan. Yang lawoknye sebelum die pengsan… ade la sorang member tu (tak ingat sape) tangkap Erpa gune tilam. Aku tak tau mane die dapat idea tu. Katenye die tak tau nak buat ape, main capai je tilam tu. Cerite budak tu die pun takut gak time tu. Aku gelak sakan. Janji dapat tangkap dengan care ape sekali pun. Kami ikat pakai tali tilam tu, jangan bagi terlepas lagi. Sampai pagi kebanyakkan bebudak lelaki dan pompuan tak tidur semata-mata nak tengok keadan dia. Hmmm… itula cite yang tinggalkan kesan kat dalam minda aku. Yang aku ingat lagi…mase tu semua budak-budak fizikal tengah rush buat projek Science Computer. Sekarang, aku tak tau ape jadi kat Erpa. Maybe tengah sambung belajar. Harapnye gitu ler. Aku doakan die sihat balik macam dulu-dulu mase aku mule-mule kenal die.




Ha!! Ni plak kenangan aku, Zidane dengan Jenal. Bukan kami aje.. ramai lagi kot yang kene. Ade satu hari tu kami bertige tengah syok giler mengkrohkan diri dalam bilik. Sepatutnye kene turun pukul 8.

Ala.

. biasela

kan

… time nakal-nakal dulu .. sape pedulik. Rasenye jam 9.30 kot tetibe je kecoh kat luar bilik. Riuh bebudak dok hingaq…tuan haji naik asrama. Sape-sape yang die jumpe..sume kene penangan buah keras. Hallamak!! Aku males gile nak bangun. 2 ekor tu pun same gak…. Berdengkor!! Tak lame lepas tue…




Bukkk!!! “Woi!! Hah!! Nie lagi… grrr… tak bangun lagi ke hah?”, Tuan Haji menjerit sambil memegang hangar kat tangan.




“Dah pandai sangat ke?!!”, sergahnye lagi.




“Dah pukul berape ni…macam ni la Melayu. Pemalas nak mampos!!”, bebelnye. Tuan Haji terus menyerang Zidane ngan Jenal dengan hangarnye. Die tak nampak aku lagi. Aku menyorok di belakang pintu. Cis…ingatkan tak nampak… ropenye die nampak aku jugak bile die berpaling ke belakang…




“Hah! Ni sorang lagi!! Ooo..nak nyuruk ye!”,…piappp!! Sekali hangar puake tu kene kat tangan aku. Adusss… siotnye Tuan Haji…




“Dah! Gi mandi cepat!!”, Tuan Haji mengomel lagi. Zidane, aku dan Jenal buat muka toya gi toilet. Sumenye maki Tuan Haji dalam hati.




“Cilakak btoi Tuan Haji ni, nak tido pun tak senang”, pehtu kami gelak ramai-ramai dek kebagusan kami tu. Hahahah.




Apola punya turrr aku ni…ala…sampai sekarang pun camtu gak perangai aku. Ahaksss. Aku pernah kene saman pasal turun lambat. Melayang seploh ringgit duit aku. Aku ade lagi simpan

surat

saman tu sampai sekarang. Hehehe.




Kene penampar Tuan Haji pun pernah gak… tak salah pun kene. Aku cume suruh semua bebudak gi surau untuk tahlil cepat. Dah memang itu keje aku. Presiden MPP yang suruh. Lagi pun aku

kan

MPP gak biro Penempatan. Bongok tol, kalo ikutkan panas baran aku dah lame aku balas balik. Nasibla aku tak panas baran macam dulu-dulu. Yang aku ni pon bodoh gak. Sape suruh lalu depan die,

kan

dah kene. Yang lain lalu belakang café. aku jek yang terlebih ‘terer’…

kan

dah kene. Sape yang susah? Aku jugak. Padanla dengan muke aku yang tak encem lagi tak kiut ni. Sape yang malu? Aku jugak. Sape yang sakit? Aku jugaxxx… hehheeheheheJ




Hmmm… ape lagi ek? Ade banyak lagi bende-bende bes sepanjang aku dok kat kolej tu… entahla.. banyak sangat. Bergaduh dengan budak Unitar… kene simbah air hape tah mase besday aku. Siottol….bau…perhhh! campuran macam-macam bende siap air rendaman baju pun ade. Kecampreng betolla. Pastu main secret admirer…makan ramai-ramai dan macam-macam lagi la.




Tapi bab makan ni memang aku suke sangat la. Macam-macam makanan ade.

Nasik

ayam, sate, mi goring, bihun… buah epal, lai, tembikai. Aik…tembiaki? Wakakaka….Niza…Niza… ahaks. Buat malu syarikat je…budus-budus. Aku pun dah tak ingat sangat camner citer tembikai ni tapi kalo tak silap si Niza ni bertekak dengan Pue pasal buah ape nak beli time makan besor kat rumah Cik Yurmi Emilia, pensyarah Bahasa Inggeris kami merangkap mentor kami.




“Assalamualaikum kengkawan semua, jadi saye mintak korang cadangkan buah ape yang patut kite beli time makan tu”, kate Fazli, ketua kumpulan MSF 1. semuanye buntu ….senyap.. pehtu …. Huhahuhahua… takde cadangan apepun. Niza beri cadangan…




“Ape kate kite makan tembikai?”,…




“Hish, apeni… asik-asik tembikai.. carila buah lainlak”, Pue menyampuk.




“Lantak arr, punye suke akula”, Niza membalas.




“Eleh! Kalo muke macam tembikai tu.. tembikai gak! Hahahah”, ejek Pue. Aku joion gak sekaki ejek si Niza ni sebab die memang musuh aku. Hikhikhik. Aku memang dah lame tak pueh ati dengan die ni. Hehehe.




“Woi Pue… ko jage sikit mulut ko. Ko nampak ni?”, Niza bengang sambil menunjukkan penumpuk kea rah Pue. Pue hanya mencebik.




“Ketawekan die!!”, aku menghangatkan lagi keadaan. Mesti best kalo diorang bergaduh. Perghh!! Pehtu lame-lame melekat… hihihi. Last-last beli gak tembikai… abih disapu licin… yang tukang cadang …yang tukang bangkang, same jek mengabihkan semua yang ada mase makan beso tu. Aku tak payah cakap la, dah orang beli, makan jela. Lagipun aku pun ade gak saham dalam beli-beli makanan ni. Hahahaha.




Ade gak tu idea nak gosipkan si Niza dengan si Pue…sesueiiii gitu. Ekekek. Sape punye keje? Aku jugaxx… aku dengan Sue. Tapi malangnye tak menjadi maaa. Niza ni keras sangat hati die. Tak pela

kan

, lagipun saje suke-suke. Tapi yang seronoknye bile tengok si Niza ni hangin satu badan dek gossip tu. Die punye muke dah serupe cipan + tenuk + tapir = badak tampung air… ahakss. Jangan mare….eh! takde la… sebenanye cute maa muke die time die marah tu. Rugi kalo tak tengok. Kahkahkahakhakha.




Cess…nape lak aku yang lebey-lebey ingat kat die nih? Hhehehe. Tah-tah aku syok kat die kot. Hahaha. Lawok-lawok. Entahle.. masih terlalu awal aku nak buat spekulasi. Hihihi.




Angina sepoi-sepoi bahase petang tu. Aku tak tahu nak buat ape. Aku berfikir sejenak…hmm…ape kate kalo round keliling USM ni. Beh gak tu. Besi buruk aku tu dah lame tak gi jalan-jalan. Kesian kat die. Buleh gak layan jiwang sket. Hehehe.




Selepas semayang Asar…aku terusmencapai beskal racing aku yang dok terperap kat bawah asrama aku ni. Alamak…ade sket je angin die ni. Ah! Buleh jalan lagi tu, baik aku gi kedai motor depan Sungai 2 tu… isi angin.. abih citerrr.




Hmmm… aku mengayuh perlahan-lahan keliling USM. Saje amik angin petang. Tayar pun dah dipam kat kedai Cine motor tu. Baru sedap sket bawak beskal ni walaupun ropenye cam kerbau bertanduk bengkok cam kambing gurun tapi ia tetap beskal aku. Beskalku, beskalku jua. Keskeskes. Sekali sekala aku menoleh kekiri dan kanan melihat rope USM yang dah naik muak aku tengok setiap ari ni. Cantik sebenanye USM ni…ade yang tak cantik…tapi bagi aku ok la gak. Walaupun ade bangunan die dah berkurun tapi tetap berdiri megah tanpe ade rase nak runtuh.






Ada

2 buah tasik bersebelahan Desasiswa Aman dan Desasiswa Harapan. Tasik tu la jadik tumpuan tiap-tiap petang. Kat situ ade biawak, tuntung, ikan pelbagai jenis tapi tak leh mincing kat sini. Tak pasal-pasal kene tangkap dek pak guard. Tasik ni besar dikelilingi pokok-pokok yang sederhana besar. Tasik ni jugakla tempat memadu kasih bagi pasangan-pasangan student kat cni. Tak cukup petang… malam pun jadik. Banyak sungguh aktiviti yang boleh dibuat kat sini…jogging…sambut besday.. bertenet…mengorat anak dara orang…hihihi…bagi tuntung dan ikan makan.. berbeskal… bersilat… buang budak masuk tasik (ha! Yang ni budak PALAPES je yang suke basahkan orang), mengabehkan boreh…. mempoyokan diri… buat jamuan… sukan suke-suke… dan macam-macam lagi la. Kirenye tempat ni meriah bile time petang. Banyak gelagat manusia yang dapat kite tengok..seronok woo. Tapi yang suek memerapkan diri kat bilik tu maybe ade sebab tersendiri nape diorang suke camtu atau lebih tepat …menidokan diri… ahak…ahak…




Aku baru je nak melintasi Desasiswa Fajar Bakti di mane aku ternampak Atira sedang berjalan di bahu jalan.




“Hai, nak kemane?”,aku menegurnye sambil mengangkat tangan. Atira menyedari akan teguran aku. Die hanya melambai-lambaikan tangannye sambil menunjukkan arah Desasiswa Fajar, tempat die tinggal. Aku hanye tersenyum dan meneruskan kayuhan. Hmm.. Atira.. satu ketika dulu aku cukup rapat denagn budak pompuan sorang ni… tapi entah kenape.. sekarang dah lain. Ah, lupekan. Baik aku naik bukit kat Pusat Pengajian aku, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Kat situ bley layan jiwang.




Termengah-mengah gax aku kayuh mase naik bukit. Bukan calang-calang…curam ler bukit nih. Silap kayuh alamatnye terjelepukla aku jatuh atas jalan tu kang. Sape yang malu? Aku jugak. Hmmm… sampai jek kat bukit tu terus aku baringkan beskal aku. Yela, beskal aku mana ade tongkat. Hahaha. Kendian aku melabuhkan punggung aku kat atas rumput kat situ tapi kawasan tu redupla dek baying-bayang pokok nyiur yang meliuk-liuk ditiup angina. Sambil menghirup udara segar, aku melihat keadaan Pulau Pinang yang nun jauh mate memandang. Dari atas bukit.. aku dapat lihat dengan jelas Jambatan Pualu Pinang yang tersergam gagah di tengah lautan yang membiru tu. Kenderaan berpusu-pusu tanpa ade tanda-tanda nak putus. Kapal-kapal besar dan kecik same-same mengharung ombak laut yang kekadang tenang, kekadang ganas nak mampos. Pulau-pulau kecil di sekitar

Penang

ni menambahkan lagi keindahan alam ciptaan tuhan ni. Tapi saying ade lagi manusia yang tak reti-reti bahase nak hargai ape yang diberi oleh-Nya. Entahlerrr.




Bukan aku aje ade kat kawasan ni, adela yang gitu-gitu tu…ala…2-3 pasangan tengah melayan perasaan diorang. Hmm.. kalau ler ade Embe time ni

kan

ke best! Teringat lak aku kat si itam manis nie. Bley gak borak-borak kosong. Pasal ape pun takpe. Janji buleh tengok muke die. Hish! Apola yang aku melalut ni. Dah hilang tebiat ape. Macam la die nak borak dengan ikut aku ke sini. Tak

kan

punyerla. Die bukan suke sangat buat keje-keje camni… ekeke.. ceh! Dah letu wan. Ha! Dah nak senja dah pun. Baik aku balik cepat. Bleh gak aku bwak beskal sambil lepas tangan. Nak eksyen la tu kunun. Macam bagus-bagus je aku ni. Kuikuikui J




“Lie! Guano mu punyo pojek? Doh siap ko blom?”, aku dah mule gabra.




“Pojek hok mano pulok nie?…ooo..hok Taman Bali tu ko?”, die bertanye.




“Ha…iyo latu! Dah siap ko? Aku baru mulo”,…




“Aku langsung tak mulo lagi nih… ala.. malam kang aku start lo”, die memberi jaminan.




“Gilomu! Esok doh nok anta doh! Sempat ko?”, aku tanye die balik.




“Ilek ar Pokwe! Mace tok biaso …kito tok sah tido male ni…ok tok?”,…




“Wokes! Bernas gak tu… macam le kite tak biase lak

kan

? Hahaha”,…kami berdua ketawa jahat. Ha, itu le kami.. kalo ade projek mesti last minute gak buat. Dah jadik macam perkare biase. Tak serik-serik. Dari sem 1 lagi berjanji tak nak buat keje camtu tapi hampeh gak. Keskeskes. Sekarang dah sem 2.. cam tu jugak, tak ubah-ubah. Ele, bukan kami jek… ramai lagi yang macam tu dalam pusat pengajian aku. Sape tak kenal budak HBP.. “Hantu Balik Pagi”.. Housing, Building n Planning same jek dengan Perumahan, Bangunan dan Perancangan…

kan

?

Kan

? J




Malamnye aku dengan Theli tekun buat projek. Masing-masing layan perasaan sendiri. Yelakan…sibuk..esok dah Jumaat. Jumaat tu la dateline nak anto projek. Sape soh mule lambat..padanla dengan muke. Boringlak rasenye walaupun buat kije sambil dengar radio Era. Bukannye ape… kalo tak berborak, ngantuklak. Aku mule bersuare…




“Lie, camno mu dengan Yani?”,..




“Ha? Aku dengan Yani?… hehehe.. ok je. Rase nak tepon die je malam ni”, die mule kecek luar tapi pelat Kelantan die tetap ader.




“Cis! Terer benar bena mu ejas dio! Mu betoi-betoi nak ke dio ko?”, aku bertanye.




“Pokwe…dulu tu aku main-main je nak ejas Yani ni. Tapi bile dah dapat rase dah sayang pulak dengan die”, Theli menjawab.




“Ha! Baguihla tu… tak payah susah-susah cari awex lagi”, aku berseloroh.




“Tapi aku rase berdose lak kat awek aku kat Kelantan tu, Aisyah… rase bersalah wo”, tetibe lak budak kurus ni sedey.




“Loh! Nape laks? Woi! Hang jangan nangis lak”, balas aku.




Tetibe Amir masuk…




“Woi, ape ni? Asal aku masuk je sembang pasal awek. Ape nak jadi denga korang ni? Hahahah”,…




“Ceh, pigi dah…oi Sabahan! Ko pun same la. Nak kate orang…die yang lebey. Kikiki. Lain ar aku. Memang solo and steady… ahaks!”, kate aku kat budak Sabahan sekor ni… hehehe… ampesss.






Tula

, aku dah cakap… jangan main-mainkan pompuan.. ko degil”, aku nasihat le kunun.




“Takpe ah..aku nak simpan banyak-banyak..buat spare part… satu kat sini… satu kat Kelantan.. kat Johor pon ade gak”, kate Theli sambil ketawe.




“Tah koni, biar le die nak awek ramai, sebok apsal? Ahahaha!”, sampuk Amir.




“Ah, korang berdua same jek perangai”, tensen aku.




“Ei, aku lain tau, aku manada awek lagi”, berseloroh si Amir menampakkan giginye yang kuningdek hisap rokok.




“Kepale hangguk ko…Bai tu ape? Watie…awek ko kat

Sabah

tu ape… celake betol!”, kate aku. Aku dan Theli membaling bantal kat si Amir. Gelak ketawe memecah kesunyian malam. Keskeskes…




Aku dengan Theli tak tido malam tu. Amir dah terbongkang atas katil Theli. Meleleh jek air liur die atas bantal. Aku dengan Theli mampu menggelengkan kepale jek. Theli sempat buat air Nescafe supaya tak mengantuk sangat. Tapi apekan daye, mate aku ni dah tak larat nak tanggung setan-setan yang dok tarik-tarik kelopak mate aku ni. Auk dah mula mewarna. Theli masih dengan penselnye. Aku lukih cincai-cincai je pasal projek ni gune water colour. So, klo lukis lawo-lawo pun bukannye nampak kalo dah ditaruk dengan warna. Buat penat je. Ade sikit lagi tak siap. Dah kol 5 pagi dah ni. Aku rase mesti 5 dara pingitan tu pun tengah terhegeh-hegeh macam aku gak. Adeq, Niza, Embe, Vee, Sha. Tapi cume Sha jek yang buat projek lain kot.




Aku cakap kat Theli nak gi toilet jap tapi tah camne melencong masuk bilik aku. Aku baring kejap…10 minit ke… janji buleh lelap kejap.. zzzzzzzzzz.




“Pokwe! Pokwe! Bangunla woi… semayang suboh”,…




“Ha?!! 6.45? alamak… projek aku”,.. kesal aku dlaam hati.




“Awat hang tak kejut aku?”,…




“Aku tengok mu cam letih jek… kesian la pulak…dah latu.. gi semayang cepat”, ele…aku dah tau dah … die mesti tau trick aku nye. Kalo aku kate nak gi toilet tu bukannye aku gi pon, aku balik bilik menidokan diri. Pehtu time aku tido la die nak potong aku. Ampes-ampes.




Mesti Theli dah siap sekarang ni… eee.. jeles-jeles. Baik aku gi semayang dulu. Abis semayang, aku sambung balik keje. Theli pun tengah kaler gak. Tak boleh jadik nih. Kene pecut balik. Lagi pun ade sejam setengah je lagi. Theli dah tersengih-sengih dah tu. Ah.. kene laju.. pantas… cepat.. pederaih orang utara kate… yeaha!!!




Fuh!! Hasil ketekunan, ketabahan dan kesabaran akhirnye aku gak menyiapkan projek aku ni. Theli pun tinggal sketje lagi nak siap. Tapi die buat simple je tapi kemas. Aku lak berserabut macam taik kambing. Lantakla… janji siap peh tu antar. Kahkahakha. Dah 9.30 dah pun. Setengah jam lambat. Studio start kol 9. nak mandi lagi.. bersiap… naik bas… mau kol 10 gax sampai nih…




“Cepat Lie… cepat… kang terlepas pulok bas merah tu”, jerit aku pada Theli…




“Wokes…wokes…gue on da way… jom!”, sahut theli.




“Ha… dah sampai pun… jom gi studio. Mesti diorgdah dapat new projek”,…




“Ye tak ye jugak.. mesti nye la”,…




“Tapi kite gi slow-slow dah le… kang berpelu pulak badan….panas maaa. Nampak sangat le kite ni kalut plak…. Keskeskes”,…




“Ha, iyo latu.. btui gak.. mu tengok.. asik muko kito berduo jo yang lambat.. selalu sangat lambat”,…




“Oi, bukan selalu… dah wajib gi lambat.. ade projek ke…takde projek ke.. kuliah ke… hape ke.. same jek”,… kami beruda ketawe berdekah-dekah.




Sesampai jek kat studio…aiseh.. “aik! Korang pun baru sampai gak? Harharhar”,…tanye aku. Ropenye anak-anak dare pingitan tu pun baru sampai gak. Diorang melepak kat tangga. Takut nak masuk le tuh.




“Woi! Ape lagi … jomla. Ape nak takut?”, kata aku pada Niza.




“Takut la Wan”, Adeq membalas.






Ala

, jomle.. berani buat… berani tanggung la… ye tak?”,.. pehtu kami same-same berjalan masuk ke studio.




Theli tetibe menyendeng-nyendeng aku. Apehallak budak sekor ni, “Oi! Apsal ko? Takde keje ke?”,…




“Tue! Tue!

Ala

…tuuuuu…apo la ko ni”, Theli memuncungkan mulutnye ke a rah sesuatu. Aku menoleh kea rah yang ditunjuk Theli




…Pek! Pek! Pek! “ Bangang… cis! Mu nok malukan aku ye? Malu aku tau tak?!!”, Theli hanya terkekeh-kekeh tengok aku malu. Mane taknye.. die tunjuk Embe kat tepi aku. Taula aku suke Embe tapi… ah! Lupekan cite-cite aku tu… hakhakhak. Padan muke ko Theli oi.

Kan

tak pasal-pasal kene luku dengan aku. Kekehkehekhe. Sempat gak aku curik pandang kat Embe.

Ala

, bukan selalu ye tak?




Sepanjang studio, aku banyak mendiamkan diri. Sekali sekala aku borak dengan Theli. Borak kosong je. Sempat gak aku sakat Niza member sepermusuhan aku tu. Kikiki. Mane-mane yang tak siap lagi, diorang touch up mane-mane yang patut. Tau nape aku dok diam? Haha. Pasal Embe ade kat sebelah aku. Halamak.. nak tengok muke pun tak berani. Inikan pulak nak tegur. Yasalam. Salah aku jugak. Sape soh takut macam biri-biri. Die pun aku tengok diam jek. Kekadang die sembang dengan Ina, adeq aku tu. Nak menoleh kebelakang pon payah. Sesekali die tersenyum bile tertoleh ke belakang. Berbunge rasenye hati aku ni. Kembang seluruh jiwe dan rage. Tapi tak tau lerr. Sama ada senyum tu eklas atau pun senyum menyampah campur meluat dan sewaktu dengannye. Rase nak tido pun ader gak. Keskeskes. Ah! Lantakla die nak anggap ape pon. Itu hak die sebagai manusia…

kan

?




Aduss!! Ape yang diterangkan oleh Che Wan kat depan pasal projek baru, hapah pun aku tak tau. Paham pun idak. Kertas briefing pun takde. Theli pun same gak dengan aku.




“Lie! Camno? Mu pehe ko?”,…




“Cit! satu apo pon tok masok kepalo. Balik kare kito tanyo Nash nok?”, Theli memberi cadangan.




“Ha! Ok gak tu, tak payah susah-susah dengo.. tol tak”, aku mengiyakan cadangan Theli tu.




Di bilik..




Ha… sume budak tengah bersiap nak gi semayang Jumaat. Aku dah siap dah. Cume Theli jek yang belom. Die tengah mandi kot.




“Woi, Amir, Pok Le, Jul… tunggu jap! Tunggu Theli tu… kejap je… kite saing same-same!”,…




“Ha!

Okla

! Tapi cepat sikitla… nanti tak sempat lak. Nak jalan lagi ni.. jauh lak tu”,…




“Okes…okes…Theliiiiiiiiiiii!! Cepatla sikit! Diorang tunggu ko tu!”, aku menjerit takut si kering tu tak dengo.




Dari Tasik Aman, aku dapat lihat dengan jelas.. Masjid Khalik al-Malik.. masjid USM. Arkiteknye, pensyarah school aku gak, Tuan Haji Mohyiddin. Entahle, aku pun tak tau nak eja name die ni. Hmmm… masjid ni tak pernah sunyi daripada orang yang beribadat di dalamnye bile masuk waktu solat. Alhamdulillah… sekurang-kurangnye ade lagi manusia beriman kat dunia ni. Dibine betul-betul depan pintu masuk USM Sungai 2. Jadi senangla umat Islam menunaikan solat Jumaat beramai-ramai walaupun dok di luar USM tak kire kuli sekali pun. Selalu jugak diadekan ceramah agama, usrah dan macam-macam lagi… aktif jugakla.. banyak kegiatan ade.




Sampai je kat masjid… aku mengambil tempat di belakang pasal bahagian depan dah penuh. Takkan nak berhimpit-himpit kot. Tak molek ar macam tu. Theli dan yang lelain ade di bahagian tepi sebelah sane. Ustaz mase aku sekolah teknik dulu pernah mengingatkan supaya jangan bersembang atau bercakap semasa khatib membaca khutbah… tau nape? Sebab kite tak akan dapat hikmah solat hari Jumaat tu… sia-sia je datang mesjid tapi tak dapat ape-ape… tol tak? Hahaha. Jangankan bercakap… menegur orang yang sedang bercakap ketika did lam mesjid pon tak boley sebenanye walaupun niat kite baik. Yang tak pegi semayang Jumaat lagi la teruk… hapah pun tak dapat. Tapi mungkin diorang ade sebab munasabah pasal tak pergi… uzur kot… penin ke… mane la tau. Tak bley nak salahkan diorang tanpa usul periksa. Abis semayang Jumaat… ape lagi… baliklerrr.. tapi selalunye aku lone ranger jek J




Ah! Napela boring je malam-malam camni. Baik aku mencapap kat bilik Theli…mesti ramai umat kat situ. Boleh gak hilangkan keboringan aku yang amat sangat ni.

“Assalamualaikum wahai bakal ahli-ahli kubur sekalian…hehehe”, ucap aku semasa masuk bilik Theli. Aku dah agak dah mesti semua malaun-malaun ni ade kat sini punyela.




“Waalaikumsalam, masuk…masuk wahai hero bunga”, sahut malun-malaun tu.




Amir, Jul, Mael, Theli, Pok Le… inile malaun-malaun yang bakal menghiasi dunie ni dengan kehebatan tahap 150000 hp bersamaan 10 petala langit… ahakss.




“Ape cite malam-malam camni?”, aku membuke suare.




“Kami tengah borak pasal annual

camp

kat

Chemor dulu tu… hahaha… lawok-lawok… hehehe”, Amir menjawab.




“Wuihh!!… best gila time tu

kan

… aku dapat merasakan keseronokannye. Kite dapat pegang senapang tu lame sikit. Puas menembak walaupun gune peluru angin je”, kate Jul sambil memegang gitar milik Agus.




“Mu ingat tak Theli? Jamban kite kene bom dengan staf Shahbudin!”, celoteh Amir.




“Ahaks…apo tok ingatnyo… musti la aku ingat. Jamban yang tah hapo-hapo.. dinding daun pisang. Dah lo buat cincai-cincai je…hahaha…eh, mu raso ado ore guno ko jamban tu?”, ketawe Theli lagi.




“Aku rase dah ade orang gune la… tapi aku tak ingat sape.. tapi buang air kecik je la. Bayangkan kalo ade orang berak dalam tu… pastu kene bom… bayangkan.. bayangkan wahai teman-temanku sekalian.. hikhikhik”, semua tergelak dek citer Amir tu.




Theli menyambung lagi, “Oi, ko la.. sapo lagi.. yang kencing tu… tengah-tengah malam buto ajak teman ko.. gilo apo.. penakot benar..ei, lainkali “potong” buang kat laut… ahaks”,…




“Eh, ye ke? Ye ke? Termalu aku.. ala .. aku tak tahanlerr…”, sekali lagi malam tu terdengar suare setan-setan aras 3 bergelak ketawe. Tak tak berhenti kat situ jek… ade lagi..




“Ha…hangpa nak tau tak… aku rase la orang pompuan yang first cari jamban mase mule-mule siap tu Syaripah ler”, aku pun nak gak bercerite…




“Mano mu tau?”, Pok Le bertanye macam berminat je.




“Aku taula.. pasal aku dengan budak transkrian buat jamban pompuan tu… time senja kot… ala, jamban sebelah sungai tu. Syaripah tetibe datang tanye aku jamban kat mane… aku cakap kat dalam semak sebelah sungai. Peh tu aku tanye nape… die bisik die sakit perotler. Malam tu pulak aku dengo budak transkrian yang sambung balik buat jamban tu merungut pasal dioramg hamper-hampir nak terpijak ‘periuk api’ bile diorang buat kerja.. keskeskes…”,..




“Hahahah.. aku denga pompuan citer lak.. diorang bukannye berak kat situ tapi nun kat hujung sungai sane. Diorang cakap jamban pompuan tu sehari dua je boleh pakai… pastu … ampehhhh!!”, Amir berseloroh berceriter.




“Kalo mu nok tau… aku cume berok2 kali je mase annual

camp

tue

. Duo-duo berok dale sungai. Tepi sungai tuh. Kat pokok buluh sane”, Pok Le menyambung. Keadaan jadi semakin tak terkawal.




“Aku pun same gak… tapi aku kat pokok tumbang yang dalam air tu… yang lawoknye

Roy

pun berok situ gok.. jadi kene asing tempat ler… hikhikhik”, Theli ketawe terkekeh-kekeh.




“Senang citerla…sume yang ade dalam bilik ni merase berak dalam sungai…eh.. tepi sungai. Ade yang berak dalam sungai tau… sape kate takde…”, aku bercerite lagi.




“Ha! Ni lagi best… ingat tok Camu berok dale hutan? Maso tengah buat serang hendap. Die sempat lagi berak bah”, Jul tokok cerite.

Apo

la punyo Camu. Malu kompeni betui budak tu.




“Aku jumpe dan kenal Bai mase tu la.. sebelum ni langsung aku tak kenal die. Name die pun aku tak tau. Kali pertame aku jumpe die…cun juge die ni. Ape orang kate… cinte pandang pertame.. hehehe”, ah, dah mule dah si Amir sembang pasal awek.




Itu jo la koko.. awek… awek… awek. Takde bende lain. Borak pasal ape pon.. pasal

Israel

ke…isu Bahase Melayu ke.. pasal UMNO vs PAS ke… balik-balik mesti masuk bab awek punye. Takkan lari tajuk punyela. Tapi ape-ape pun aku rase memang borak pasal awek la topic paling bes sekali. Pasal bende tu takkan berhenti bermain-main dalam kepale hotak kami yang berbelang ni. Kehkeh. Tak tau le kalo orang lain.. keskeskes. Apola punyer turrrr… kahkahkah.




“Maknenye tinggal aku dengan Pok Le je la yang takde awek sekarang ni”, aku menambah.




“Tapi Pok Le tak yah risau sangat pasal mak die nak carik bini kat die”, Pok Le hanya mengangguk.




“Jadi aku sorangle yang mengekalkan rekod tak de awek.. yahoo!!”, aku ketawe besar.




“Tapi ko dengan Farah ko tu ape cite? Takde ape reaksi ke.. perubahan ke…?”, Theli bertanye.




“Ei… aku dengan die mane la ade pape lagi.. aku tetap kawan dengan die”,…




“Abis yang mase besday ko dulu tu…ko cakap ape kat die?:, tanye Theli lagi.




“Takde ape ah… saje borak-borak.. ala, yang gitu-gitu tu..”, aku cube berbohong.




“Oi Wan! Aku bukan kenal mu sehari duo, aku tau la ko tu.. ingat aku tok tahu ke.. ape yang ko cakap kat die?, Theli memaksa.




“Apela ko ni Pokwe… nak katekan nak.. tak nak bagi je kat aku”, Amir menyampuk. Aku menunjukkan penumbuk kat die.




“Nak tau sangat ke? Sat-sat, aku pikir jap..hmmm…ala! macam la hang pa tak tau.. mestila aku cakap aku suke kat die. Tapi yang lawoknye sampai sekarang takde jawapan… lawak-lawak”, terang aku.




“Hmm… ko mesti tak serius bile cakap dengan die.. mesti ko buat muke tersengih-sengih cam cipan depan die.. mane la die nak caye ko syok kat die… bodoh!”, Theli pulak menyampuk.




“Aku nak buat camne lagi.. sume dah aku buat… tepon die…mesej die… bagi email.. cakap one by one lagi.. ko nak aku buat ape lagi…tapi bab serius tu aku susah sikitla. Tak bolehla… dah itu sipat aku sejak aku kecik lagi. Sejak mak aku beranakkan aku.. kihkihkih…”, aku ketawe lagi.




“Ha, tengok tu.. gelak lagi.. tak reti-reti nak serius langsung. Tengok contoh terbaik.. Theli n Yani.. hahaha… sekali je cakap I Lap U… terus sangkut.. tengok terer tak terer.. hahaha”, puji Amir kepada Theli. Theli tersenyum bangga sambil kembang kempiskan hidung die.




“Ei Pokwe…ko ni pasai apa penakot sangat bah! Jangan kawan dengan kamila kalo penakot. Kawan aku suma berani-berani belaka.. tak dak yang penakot cam kambing macam ko… baik ko ‘potong’ bagi anjing makan… buat malu jer”, ugut Jul, budak Sabahan gak sambil ketawe berdekah-dekah.




“Ha la…aku try la pasni.. aku jamin.. korang cabar aku?”,…




“Eleh! Ko cakap je… buatnye idak! Blah lerr…”, kate Amir lagi…




“Koni Pokwe… apo nak jadi. Ha.. lagi satu.. mu ni asik-asik dengan adik mu.. si penguin tu.. hahaha… dah le selalu main mesej dengan Niza … dengan Farah tak nok pulok mu”, Theli menyuarakan ketakpuasan hatinye.




“Haah Pokwe… asik keluar makan dengan adik mu je… dah le aku tengok adik mu tu serius semacam je. Takut gak aku… nak cakap pun aku tak berani sangat…kang die makan aku.. nak melawak pun susah..”, Amir pun macam tak pueh hati gak.




“Pokwe… klo Niza tu jadi bini kawe.. rasonyo tak sampai sebulan bercerai.. mulut dio tok berenti bercakap.. ah…tok leh gi… jemmmm…hahaha”, kate Pok Le yang terkenal dengan suarenye yang kuat giler bile gelak.




“Arghhhh! Penin! Penin!.. camne aku nak cakap ni? Ei…korang ni… hang pa tak kenal diorang…sebab tu la…Ina memang dah macam tu.. tapi kalo hangpa rapat dengan die… barule korang rase best kawan dengan die. Yang Niza tu pun same la gak… walau pun die banyak potpetpotpet… tapi die baik bagi aku… sebab

tula

aku suke kawan dengan die. Sejak aku matrix lagi aku dok gaduh dengan die. Si Farah ni plak … entahle.. aku tak tau sangat pasal die. Aku tak rapat sangat die. Kalo duduk makan ke…sembang ke… ape-ape ke.. aku lagi banyak borak dengan Ina dengan Niza. Malu sangat ke aku? Aku mule suke tengok die mase aku jumpe die dekat CC G-Web.

Ala

… biar la… kite mane boleh paksa orang suke kat kite.. apola”, aku menensenkan diri aku… ekekeke.




“Asik nak bela diorang je… baik ko amik tiga-tiga buat awek”, ketawe lagi si Amir.




“Ai…biase le… kawan aku.. mane yang tak betol.. aku tulun bela… mane yang betol.. aku tolong betol-betolkan lagi… kehkeh”, aku ketawe gak.




“Yang betoinye lagi… aku takde pape lagi dengan diorang ni… ade paham?,..




“Kalo camtu… aku ngorat Farah, buleh? Heheh”, Theli nak bagi aku jeles la tu.




“Aku lak amik Niza, ok tak?”, Amir pun 2 kali 5 dengan Theli.




“Ape? Hah! Amik! Amik! Amik buat bini!!!”, balas aku balik.




“Sekali die marah daaa… hahaha… tengok muke die dah berubah ler.. hikhikhik.. rilek ar… kami main-main jek”, gurau Amir.




“Bape kali aku nak cakap.. aku tak nak pikir lagi pasal awex-awex ni.. tunggula 2 taun lagi ke… taun 3 ke.. abih grad ke.. ok gak..” terang aku lagi.




“Ei, Pokwe..

tula

.. dulu Lin nok kat mu.. mu tok seh! Aku tengok dio makin lawo la pulok…ahakss”, kenen Theli.




“Pasal mu la… aku dengan die dah malu-malu taik kucing… tau tak? Kesian die tau… tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. Sapo soh mu gatal-gatal kenen-kenenkan aku dengan die. Aku dah cakap aku ni senang suke kat orang tapi aku susah nak terime orang dalam hati aku yang tulus dan mulus ni. Nasibla dah o sekarang ni….”, aku mule tak pueh hati.






Ala

… mu pun suko kek dio ke? Aku taula… mu jange nok nipu aku la. Mu sekare ni tersepit antaro budak-budak yang rapat denge mu ke? Mu tau Lin suko mu… mu pon suko Lin jugok ke? Pado maso yang samo mu suko kek Farah Noor mu tu… peh tu ado Niza… Ina, adik mu tu pun samo gak. Tu tak campur lagi bebudak lain…

kan

?

Kan

?”, sambung Theli lagi.




“Ish! Tak dola.. Ina aku anggap cam adik aku. Niza is just my rapat pren. Lin pulak… ish! Ko tau.. malu die dimalukan dek aku yang bangang ni. Ape yang die harapkan dari aku?…ah! lain pulak jadinye. Kesian die tau. Lain yang aku suruh ko cakap kat die…lain pulak yang ko cakap kat die.. kononnye nak bagi aku couple dengan die la tu. Elo my pren.. tak usah le ko bersusah payah maaa. Sebab ianya takkan terjadi punye. Memang betoi ape yang mu ngoyak tu… tapi antaro sumo bebudak tu.. aku paling saying sekali kat Embe tu.. sebab ape? Don’t ask me.. aku pun tak tau kenape… kehkehkeh..”, betol ke ape yang aku cakap ni? Hehehe…




“Pok We! Aku rasola …aku dah jatuh cinto dekat Farah ko tue lar…dio asik beri mesej kat aku.. aku raso mesti dio suko kek aku.. kehkehkeh… betoi ni Pokwe… aku tok tipu… hehehe.. mu jange jeles deh.. aku sesuei apo denge dio… lagi pun dio yang mulo dulu.. aku tok buat papo pun”, Theli menjeleskan aku lagi.




“Hmmm…amik ajola buat awek mu ko.. bini mu pon takpo… kawe tok kisah pon.. kalo mu yang dio suko.. apo buleh aku buat.. takdo apo.. semoge berbahgialerr.. tapi satu je.. kalo mu kecewoke dio.. aku pukul mu.. hikhikhik”, aku ugt si Theli.




“Btoi ni Pokwe? Cayalah.. napo mu nok pukul aku lok? Dio buke gewe mu pon.. Pokwe! Amik nasihat aku ni.. tinggalkan awex kite sebelum kite ditinggalkan..”, tersengih Theli.




“Apola mu Pokwe.. betoi Theli cakap tu.. tinggalkan sebelum kite ditinggalkan”, Amir menyokong Theli.




“Ah! Itu prinsip korang… bagi aku tak.. bio aku ditinggalkan daripada aku meninggalkan orang…sebab aku tak sampai hati wooo. Dah banyak akli aku tengok pompuan menangis pasal ditinggalkan.. kesian wa cakap lu… cube kalo adik mu kene tinggal.. rase macam nak langgar je pakwe die tu.. tu la pasal aku tak kire aku pukul jugak sebab die tu kawan aku.. paham? Tapi baik aku pukui sekarang takut tak sempat lak.. hehehe!”, aku mencekik tengkuk Theli.




“Woi! Dah le tu.. jom tido.. dah kol 3 pagi.. kang ade lak yang kantoi Subuh. Dah le korang summer ni.. pahlawan-pahlawan tido… kaki monteng nombor satu”, ujar Pok Le.




Summer yang dok sembang-sembang tadi dah beralih ke bilik masing-masing. Aku pun dah mengantuk giler ni. Mintak-mintakla tak kantoi lagi. Ade jam pun tak bley pakai sangat. Theli pulak ke toilet cuci muke kot. Biasela bagi orang-orang macam die .. jage muke maaa.. tak pun die buang urin dalam badan die.. keskeskes.




Aku mengingati kembali ape yang aku kate kat bebudak tu… bukan ape.. takut tersilap cakap… aku jugax dapat padahnye. Tapi entah camne aku rase aku dah…..zzzzzzzzzz…krohhh.. zzzzz.




Ah! Huarghhhh!! Aku menekup … hari Sabtu… hari yang indah lak. Hari yang best untuk melepakkan diri. Nasibla aku sempat Subuh tadi. Pehtu aku m’zzzz

kan

diri balik. Standard la tu. Sape la yang rajin pagi-pagi bute nak kuar melainkan yang dah bekerja..hahaha.. aku lihat jam..hmmm…masih awal lagi.. Theli mesti membute lagi tu.. dah tau sangat. Baik aku baring sekejap. Err!! Kalo nak dibandingkan sem 1 dengan sem 2, sem 2 la yang paling merilekkan bagi aku. Bukan ape.. kalo sem 1 …aku kalo diikutkan sekarang ni takkan sedap-sedap kat atas katil ni. Mesti aku tengah berlari punye.




Aku ader latihan PALAPES setiap Sabtu dengan Ahad. PALAPES tu Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau dulu dipanggil ROTU (Reserve Officer Training Unit). Lebih senang citer tergolong dalam unit Wataniah la (Walau Apa Terjadi Anak Negeri Ini Akan Hadapi). Nak tak nak kene bangun awal gak pagi-pagi. Kol 6.30 pagi dah terpacak kat

padang

kawad. Sejuk? Tak la gak.. kadang-kadang je sejuk. Aku ni bleh bertahan kalo sejuk. Maybe imun dalam badan aku kuat kot. Entahlerr ….memang ader yang terketar-ketar pagi-pagi tu.




Kalo lambat turun baris je… macam biase la kene pumping.. tak pun kene squad jump. Aku wajibla dah selalu sangat kene bende-bende macam tu. Terer la katekan. Kehkehkke. Kekadang malu gak aku kat bebudak lain. Asik muke aku je yang selalu kene. Tapi bukan aku aje.. Theli, Amir, Jul tu pun same gak sekepala. Muke lambat. ahaks.




Rutin tetiap hari.. pagi-pagi ade baris… periksa kedatangan…pehtu ade senaman.. pumping, squad jump, tepuk lalat.. kekeke (PT sepuluh le tuh) memang wajib ade la. Kendian mesti kene jogging 1 USM. Ini pun wajib gak ade kecuali kalo jurulatih males nak buat. Tu pun jarang-jarang sangat die nak buat. Rempuh halangan pun satu hal gak. Setakat ni aku takde lagi la yang tak lepas… kecuali sekali je aku jatuh dalam ‘monkey rack’..ala… yang gayut-gayut macam monyet tu. Tu pun pasal aku tak sedia, pastu licin la plak alang besi tu dengan silap gayut maaa. Tapi sume ni adalah alasan semate-mate…

kan

?…

kan

? kahkahkah. Ape pun memang ramai yang tak lepas dua bende, panjat tembok dengan monkey rack ni terutamanye bagi pompuanler. Tapi dalam kalangan geng-geng aras 3.. aku rasa aku la yang paling lemah sekali sebab aku ni jenis tak boleh berlari jauh. Semput maaa… apola… mude-mude dah tak larat.. ekekek. Nak buat camne.. aku memang tak larat lari. Kalo ade lumbe beskal ke .. ok la gak.. hehehe.




Habis je sume-sume tu.. agenda yang paling bes sekali… iaitu makan.. harharhar!

Ala

… bihun lagi… tak pun nasi goreng kucing gomoi.. ade roti .. telur rebus.. air teh o, the, milo, kopi. Sedap tak sedap makan jugak aku, abih gak licin. Manela perot tak boroi. Keskeskes.




Lepas makan kene tukar baju… kalo tak baju loreng.. mesti baju kawad. Tapi selalunye baju kawadler.. untuk ape? Mestila untuk belajar kawad dari pagi sampai tengahari. Letih tok sah cakapla…walaupun hanya berjalan ajerk.

Tula

kekadang ade yang pengsan pasal tak tahan dengan panas. Yang aku lak mesti kene pasal kasut tak kiwi la… tali pinggang tak ketat.. tak serik-serik.. janjila 2 juta kali pun.. same gak.




Habis kawad makan tengahari. Makan ajek la ape yang die masak. Janji makan. Takde lagi yang mati pasal makanan tak sedap. Hehehe. Petangnye ade kelas tentang taktik perang, senjata dan macam-macam lagi. Memang mengantuk gile wa cakap lu. Laki pompuan same naik tido. Sebab tu la bebudak PALAPES ni jenis open minded sume… sebab dah terbiase antare diorang. Kekadang hal luar dan dalam tu macam topic biase je. Kalo bebudak yang bukan PALAPES.. mesti diorang malu punyerla. Bab-bab belajor ni berlarutan sampai ler petang. Malamnye takde ape sangat…cume rilek-rilek je…kiwi kasut ke… iron baju ke. Kalo pelajaran tak habis barula die buat kelas malam.




Ape yang aku biase sangat dalam PALAPES ni buatkan aku terbawa-bawa bile bergaul dengan orang lain.. yang selalu jadi mangsa aku.. hehehe.. Niza ler… sape lagi. Aku selamber jek sound die derek kat die pasal die hilang darah tiap-tiap bulan tapi tak mati. Haid le tu namenye… pasal beranak la.. hape la.. kehkehkeh. Jahat ropenye aku nih. Itu la aku sebenarnye…




Alamak.. sebut pasal Niza.. teringat pulak aku kat mesej die semalam… kehkehkeh.. sekali aku terlupe nak balas la pasal tak sedor ropenye aku dah zzz.. kihkihkih… ah! Tak pe ah.. balas yang lain pulak le…




>A’kum.oi!bakper?bangunla woi… dah pagi ni…tak reti-reti nak bangun ke? Kau dah sampai kat Pluto.. ko kat bawah selimut lagi… bangun-bangun:P<




Aku dah main mesej dengan die sejak aku tau nombor henset die.. dah lame dah. Hmm.. sejak aku dapat henset pree.. kakak aku bagi.. memang aku main mesej jek.. kalo nak tepon orang.. ish.. tak larat aku. Lagi pun aku bukannye reti nak cakap dengan orang. Kang aku banyak diam jerk. Selalunye pakai public je.. save sikit. Kalo ade hal penting sangat barula aku gune henset ni. Aku bukannye nak pakai sangat henset ni. Tapi dah dapat pree.. ape lagi.. belasah je la.. orang memberi.. kite mengambil .. ye tak? Keskeskeskes.




Camnela aku bley rapat dengan minah sekor ni pun aku tak tau. Entahlerrr.. memang ditakdirkan aku jumpe budak ni sejak matrix kot.. seterusnye

ke

U.

ade la hikmahnye tu.. mane la tau.. kahkahkah. Dulu mase aku mintak nombor tepon die.. punyerla kedekut nak mampos.. macam la kua nak ngurat die. Aku bio jela. Tapi ade satu hari tu tah sape la miscall aku..




“Ish, kambing manelak miscall aku nie.. aku lempang kang”, rungut aku.




Aku time tu dalam perjalanan balik ke desa, baru aje aku nak sampai Desasiswa Aman. Aku tembak die balik. Die tembak aku lagi. Aku tembak. Die tambak . aku tembak lagi.. die tembak juge tu. Last-last aku tepon die..




“Elo..assalamualaikum.. sape kat sane?”, tanye aku. Senyap… takde sape jawab.. tapi ade bunyi orang gelak.. eeee.. marahnye aku. Peh tu aku hantar mesej.. nak berkenalanla kununnye.. kehkeh.. tau die balas ape?




>w’slm.woi! sape ko ha> aku tak kenal ko! Boleh blah.. nak berkenalan kunun.. anda tak dilayan.. cermin le muke tue!<




Cinabeng btoi.. aku tak le marah kat die pun .. maybe kengkawan die yang pinjam main tembak-tembak. Aku tak kisah le sangat.. tapi yang konpiusnye

kan

.. aku macam kenal sangat kat budak sekor ni. Tetiap ari aku ngutuk die tahap cipan punyer kutuk. Ayat paling aku tak pernah kate kat mane-mane pompuan pon…>oi, ko ni budget jun jerk”… ish.. seumur hidup aku takde lagi aku kate kat sape-sape.. sebabnye aku rase sume pompuan cun-cun belaka.. tapi tak semestinye cun tang muke je. Cun ni boleh ditapsirkan dalam berbagai-bagai.. hallamak! Berfalsampah lak aku..ahakss. memang aku syak manusia berstatus perempuan bername Noraniza dibintikan Mohd Hasbi adalah ayahnye merangkap bapaknye juge abahnye.. keskeskes. Ending die.. aku tembak minah yang aku tak tau sape nih dan pade mase yang tak disangka-sangka ade Niza and da gang. Truut.. truuuttt…truuutt



Hah.. sah… memang tepat jangkaan aku selama ni.. hehehe. Walau seterer mane pun die nak sorok dari aku mesti aku dapat carik punyer. Aku

kan

prebet investigator terkenal di dunie pahlawan kerabat diraja Pai (Aha! Bebudak yang bace komik taule sap etu kerabat-kerabat diraja Pai)… ahaks. … n sejak tu jugakle tetiap hari aku bermesej-mesejan dengan budak kurus cikeding ni kecuali kalo kredit aku die abihla. Hehehe. Apepun aku memang suke kawan dengan die.




“Oi, bangun le Pokwe! Mengelamun apo tu? Ingat kat awek ko?”, Theli secare tibe-tibe mengejutkan kau dari lamunan.




“Hah..takde ah.. teringat geng lame jek.. berpikir tentang mase depan”, aku berbohong lagik.




“Dah le tu.. gi mandi cepat.. jom carik

nasik

.. aku dah lapor ni:, ajak Theli.




“Huh! Molek jugok tu.. aku pun lapor gak ni.. mud oh mandi belom? Dengan kuase spiderwan.. aku akan bersiap dengan sepantas 250000 km/j… kikiki”, ujar aku.




“Aku belom mandi lagi.. ni nok gi mandi le ni.. mu tu cepat skit.. mu yang paling lambat sekali”, Theli berlalu pergi sambil memegang berus gigi yang ade ubat gigi atasnye dan juge sabun mandi di sebelah tangan kiri.




Sesampainye di café…




“Nok make mano ni? Make siniko.. make kat bilik?”, aku bertanye.




“Make sini dohla .. tukor selero pulok arini”, ketawe Theli.




“Ceh! Patutla pun.. buah hati ade kat sini ropenye.. hah… cepat bayor.. kang die blah plak”,… aku melihat Yani di sudut paling hadapan Café Kembara sambil menonton TV. Lin pun ade kat situ.




Belum sempat aku bayor duit

nasik

.. Theli dah sampai kat meja awex die tu.. iye la

kan

.. orang dha berpunyer.. memang la macam tu iye tak? Bior je la. Hmm, aku amik seat di hadapan Lin.. teman die makan.. takkan nak kaco Theli kot…die tengah bahagie tu. Aku mule borak dengan Lin.. yang suatu ketike pernah dimalukan dek aku yang bodos. Tapi sekarang dah ok dah.




“Ha! Makan.. makan sampai boroi! Kehkehkeh”,…




“Ish, ko ni Wan.. aku tau le aku gemuk.. ei! Gemuk sangat ke aku ni? Bagi tau ler aku”,…aku serbe salah.




“Eh! Takde la… aku saje jek la.. ko bukan gemuk pun.. takkan la tak biase dengan aku.. pakar mengutuk

Malaysia

.. hehehe”,..




“Huh! Ko memang … suke ngutuk aku.. aku tau le aku tak cun”, merendah diri pulak budak ni.. aku menoleh ke arah Theli.. hampehnye kambing.. tak dengo langsung die sembang dengan Yani.. die ni bercakap ke main telepati… apola. Aku beralih kepada Lin.






Ala

Lin… ko memang tak cun pun.. tapi ko cute ok..” selamber jek aku..




“Eeee…jahatnye ko Wan.. ko ni pelik ah.. kekadang buat aku suka.. kekadang buat aku sakit hati jek”, rungut Lin.




“Aik! Marah? Kehkehkeh.. meh makan meh…a …aaa… auuummm… hehehe”,.




“Tengok tu.. asik-asik gelak… nape la ko suke sangat senyum? Tak letih ke?”, tanye Lin.




“Entahla Lin oi, dah aku memang macam ni.. so, kene terime la

kan

. Habis, takkan aku nak marah? Ko nak aku marah ke? Hehe”, tanye aku pulak.




“Ish, bukan mcam tu la.. cubela ko jangan senyum selalu.. jadi le serius sikit tapi cube ko marah, aku nak tengok sekali? Tak pernah aku tengok ko marah. Tersengih ajek kojenye… camne la ramai yang tak sangkut”, ujarnye lagi.




“Ha? Aku nak marah? Buleh.. buleh… aum… aum… nyam…nyam… aku marah nie..”, kate aku sambil membaham

nasik

kat depan mate aku ni. Ape yang ade atas pinggan tu aku ngap… sampaikan sayur pun aku tibai gak. Betape kuat tak kuatnye aku melantak. Lin hanya tersenyum melihat gelagat aku.




“Ish… bangga aku tengok lelaki makan sayur..”, Lin tergelak kecil. Aku lak tercekik secare tibe-tibe.




“Erk… ape ko kate tadi? Aku kurang pendengaran la”,.. Lin mengulang percakapannye tadi…




“Aku cakap… aku bangga tengok lelaki makan sayur… hehehe”,..




“Uwexxx… rase nak jatuh jantung aku kat atas simen ni bile ko cakap camtu.. ei, silap tu.. aku tak suke makan sayur sebenarnye tau. Tapi certain sayur je aku ngap… cam kangkung.. pucuk paku.. bayam .. tu pun kalo sayur tu nampak macam bes je.. kehkehkeh”,..




“Ei, nak tau? Kalonak ngorat aku.. ko mesti asingkan sayur dari

nasik

aku pasal aku tak gemar sayur.. pastu.. muke mesti macam Tom Cruise.. eh! Tak de ah.. hmm.. makanla Wan. Aku rase dah kenyangle”,…




“Hah.. ngorat ko? Keskeskes.. lawak…. Lawak.. tengokla kalo aku rajin… ek.. ala.. makan bagi habis

nasik

tu.. tak elok membazir. Kesian

nasik

tu.. die nangis ko tak makan die”, aku menyuruh Lin menghabihkan

nasik

le… Lin akur… pastu aku menoleh kembali kepada Theli. Dah habih makan ropenye kambing tu… tapi die tengah syok dengan buah hati pengarang jantung die.




“Oi! Dah le tu oi! Jom balik.. hujan pun tau berenti..”, aku memperli Theli.




Theli membalas, “Yela… yela.. kejap lagi la… 5 minit ok?”,…




“Oi.. ko tu 5 minit bersamaan 2 jam..” aku mencebik…






Ala

.. ko borak la dulu dengan Lin tu.. buat ape-ape yang patut”,..




“Hah.. banyakla ko.. ni kalo bebudak lain nampak ni… mau gossip liar nih… lantak arrr..”,.. selame 5 minit aku tunggu Theli. Dari 5 minit ke 10 minit.. seterusnyeke setengah jam… terus ke sejam. Memang aku dah agak dah. Aku berborak kosong dengan Theli sementare tunggu Theli.




“Lie! Tak habih lagi ke? Aku dah letih tunggu ni… jomla balik”,…




“Ha… yela.. jom..jom”,…Theli bangun dari tempat duduknye bersama-same Yani. Aku pun bangun sekali dengan Lin. Kami balik desa Indah same-same. Manelatau kot-kot ade orang nak rompak budak pompuan berdue tu.. takut perompak tu buat pape kat diorang. Tak pun manela tau kot-kot Lin jatuh longkang ke… buleh aku sambut.. tu pun kalo aku larat le.. nak jadi hero la kunun.. piiirahhhh!!







Exam tinggal sebulan jek lagi.. time-time camni… dah ramai dah bebudak tengah study.. tapi masih awal lagi lerr. Selalunye 2 minggu sebelum exam memang masetula sume hard study punyer…kecuali aku dengan geng-geng aku jek. Asik-asik..tiap-tiap malam melepak sampai pagi.




“Lie… aku rase aku nak balik umah le esok.. saje jek nak balik.. dah lame aku tak jengok mak ngan ayah aku… sejak 2 bulan lepas aku tak tepon pun umah.. ape punye anak le aku ni”, aku bagitau Theli.




“Mu nok balik ko? Ish.. kalo cam tu.. aku pun nok balik klate gok lo”, Theli turut same nak balik.






Ala

.. mu tok soh balik lerr… mud ok sini teman Amir, Jul dengan Pok Le.. takkan nak 3 hari je kot.. tak berbaloi langsung la mu nih”, aku menyuarekan pendapat.

“Tapi….”,…




“Takde tapi-tapi lagi… mudok sini ler.. aku balik kejap je.. Ahad aku mari sini balik.. apola”,…




“Mu nok balik bilo?”, Theli bertanye.




“Esok! Lepas kelas BM petang tu .. sampai malam kot…”, aku memberitahu Theli.. kendian aku terus ke toilet.. sakit perot maaa. Hikhikhik.




Esoknye, lepas kelas BM, aku bergegas balik hostel… nak kemas mane-mane yang patut. Aku memang camtu.. jauh ke … dekat ke.. same je.. mesti kemas barang time nak balik… saje.. memang itu hobi aku. Kehkehkeh. Aku mengenakan t-shirt dengan jeans hitam Diskies milik abang aku tu.. sambil menggalas beg galas. Eh! Apolakehkeh, macam nak gi daki gunung je beg aku tu tapi takdela besar macam nak selalu orang bawak gi mendaki tu.. aku dah kecikkan beg tu.. bior tak kembung. Sampai jek kat pintu USM Sungai 2.. aku melepakkan diri kat bus stop .. tunggu bas lerr.. lebih kurang 15 minit.. bas pun sampai.




Aku naik bas sambil mengorek poket seluar mencari duit 80 sen.. aiseh.. tak cukup lak dah.. aku amik duit kertas singgit dari dompet aku. Peh tu aku masukkan dalam tempat letak duit dalam bas mini tu. Apek drebar menghulurkan belen 20 sen. Bukan die bagi duit tapi die bagi kupon..ceh! macam main tikam je.. mari kumpul kupon!! Ahakss!!




Aku mengeluarkan walkman dari dalam beg. Kalo Theli walkman dikatenye runman.

Ala

, same jek.. janji buleh dengar. Dalam bas tu dah la panas. Awex pun takde. Mat Bangla dengan Indon ade la.. hehehe. Dari Sungai 2 aku terus ke Jeti Pulau Pinang. Takde ramai orang pun.. lagipun bukan time cuti sekarang ni.. memang aman la sikit. Tapi kalo time raye jek.. penuh feri tu. Entahler… kalo takde orang pun kang rugi lak feri ni

kan

?..

kan

? J




Dalam feri aku lebih banyak layan otak sendiri dari nak tegur orang.. lagipun nak tegur sape? Bukannye kau kenal sorang pun.. hakhakhak… hmm.. tak lupe gak aku anta mesej kat Niza kate aku sekarang tengah syok hirup angin dalam feri. Lebih kurang 15 minit sampai kat tanah besar.. aku amik mase nak keluar dari perot feri sebab aku tak suke sangat nak berebut-rebut kuar dari situ. Males aku nak bersesak-sesak… panaskan badan jek buat ape

kan

?




Keluar je dari feri aku terus ke terminal bas Butterworth… dekat je… kat situ ade stesen keretapi gak.. tapi aku tak naik keretapi la sebab mane ade ketapi siang-siang ni.. malam kang adela except ketapi barang. Tu pun kalo macam bagus-bagus je nak naik.. kot-kot la orang ketapi tu nak bagi naik.. hikhik. Aku ke kaunter bas Bumiwira Express… beli tiket berharga RM2.40… murah je

kan

? Aku balik rumah tak sampai 5 ringgit pun. Betape beruntungnye aku.. kahkahkah. Hmmm… bas lambat lagi sampai.. baik semayang Asar dulu kat stesen ketapi jap. Nanti tak payah tergocoh-gocoh kat umah. Dalam perjalanan aku ke surau tu.. dapatla dilihat sebuah lokomotif lame yang kerajaan awet untuk tatapan para generasi mude dan tua masa kini.. memang cantik sebab dah dicat ..hehehe. Terdetikla dalam hati aku ni… cubela kalo kaki aku tersepit kat landasan kereta api ni.. pehtu ade keretapi lalu.. camne tu? Bayangkan…bayangkanlah.. bayangkanla wahai sedare dan sedari sekalian. Sape la yang sudi jadi heroin selamatkan aku. Ceh! Cam cite

Hindustan

lak. Ah! Lupekan .. amik wudhu’ dulu lerrr!!




Abih semayang aku terus ke tempat bas menunggu. Bas dah lame melepak kat situ menunggu peminat-peminatnye untuk naik ke dalamnye. Dah penuh dengan manusia rupenye bas ni. Aku amik tempat kat belakang sekali tapi mesti sebelah cerminlerr… best woo dapat tengok luar. Dari atas bas ramai manusia yang dok ulang alik tah kemane.. tunggu bas le tu.. apo la aku ni. Ulat tiket pun ade.. sebok dengan kijenye tapi ini ulat halal la.. disahkan oleh kerajaan.. kihkihkih. Ade yang sedang makan kat gerai-gerai dekat-dekat kaunter tiket gak. Tapi kaunter-kaunter ni kat atas dataran tempat letak kereta jek… kedai-kedai makan tu pun same. Tempat ni tetap sibuk… dulu.. kaunter dengan kedai-kedai tu letaknye kat blok bangunan sebelah tapak letak kereta ni tapi tah camner terbakor la pulok. Sumenye kene pindah kat tempat letak kereta tu. Cume yang beroperasi kat bangunan tu hanyala jamban berbayar.. ekekek.




Di hujung tempat menunggu bas kelihatan beberapa kanak-kanak tengah meminta sedekah. Kesian gak aku tengok diorang ni. Diorang ni tak sekolah ke? Tanye aku dalam hati. Kecik-kecik lagi dah kene mintak sedekah. Apekan daye, aku nak nolong pun aku pun serba kekurangan jugak… entahle.. dunie sekarang dah takde belas kasihan pada yang susah. Kelihatan juge sepasang suami isteri sedang menaiki bas Transnasional.. tu mesti nak gi KL la tu. Si isteri mengendong baby.. si suami membawa beg. Ade 2 orang kanak-kanak mengekor kat belakang… mesti anak-anak die tu. Sesekali baby yang dikendong tu didukung oleh ibunye. Comel jek bile baby tu melentokkan kepale die kat bahu mak die sambil menghisap jarinye.. cak! Kuci-kuci!! Kehkehkeh. Hmm… camtu la kot mase aku kecik-kecik dulu.. tak tau ape bende pun kat dunie ni.. walaupun mate asik celik jek.. nak bercakap tak reti.. heheh.. yang tau … menangis .. makan biskut meri.. pehtu nenen.. ahaks J




Tibe-tibe bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan terminal bas Butterworth. Menyusuri jalan raye yang sibuk dengan kenderaan. Kecik, besar, buruk, cantik, pendek, panjang sumenye ade kat atas jalan raye ni. Aku mengeluarkan semula runman yang ada dalam beg aku tuh. Aku memainkan kaset Greenday/Dookie. Bingit juge telinge aku mendengarnye. Aku suke jugak muzik yang macam walaupun aku tak paham sepatah haram pun ape yang die nyanyi. Anyway aku suke sume jenis lagu.. tak kire la rap ke.. dangdut ke.. acapella ke.. irama

Malaysia

.. hiphop ke.. ape-ape jela.. janji telinge aku sedap mendengarnye. Aku ni universal person. Hehehe.




Kaset Exists aku tu tah sape la yang tibai. Aku tak la marah. Kalo dah amik tu anto la balik. Ini tidak.. penat aku carik.. tak jumpe-jumpe sampai sekarang.. tensentol. Sekarang bas dah pun memasuki Lebuhraya Utara Selatan. Mate aku dah terase berat… dah la takde member nak berborak… kire 2 seat.. 1 man.. kehkehkeh.




“Dik! Dik! Dik! Bangun! Dah sampai ni”, sayup-sayup je kau dengar orang menggerakkan badan aku. Aku bukak mate dan dapat tengok dengan jelas drebar bas tu tersenyum kat aku.




“Bang…dah sampai ke?”, aku bertanye. Drebar bas tu tersenyum je. Aku mengucapkan terime kasih kat abang drebar tu. Kendian aku amik beg.. n .. cabutttt…. Hehehe. Ade 2, 3 penumpang bas tadi tersengih tengok aku dikejutkan dek drebar tu. Ah…malu siot… nasibla takde air liuq basi meleleh. Ish, kalo la bende tu terjadi kat aku… mane la aku nak letak muke. Mesti berkeping-keping kulit gajah malunye aku.




Aku turun dari bas ekspres tapi mata aku silau dek cahaya matahari yang dah tenggelam kea rah Barat. Mane la tak silau.. aku pun baru bangun tido.. dengan kepala otak pun mamai lagi. Ah, buat macam takde pape… mesti orang tak perasannye. Hmm.. bandar Parit Buntar … Bandar yang semakin berkembang maju. Banyak bangunan dah dibina kat sini. Dulu, takde ape pon. Kalo ikutkan stesen bas ni pun takde lagi. Tapak asal dah dibut kedai-kedai. Kilang-kilang pun banyak kat sini.




Seterusnya aku mencari bas ke Taiping.. hmm… ade pun. Aku bukan nak gi Taiping tapi nak ke Bagan Serai. Jadi bas ni lalu le kampong aku. Bayor aje singgit dua puloh sen.. kalo naik bas yang ada ekon… kene tambah 20 sen lagi. Umah aku tepi jalan je. Bas yang aku nak naik ni… orang-orang kat sini panggil bas merah pasal die warne merah. Dah le tu name syarikat pun RED OMNIBUS. 15 minit sekali jalan. Tapi yang selalu aku hot bukan ape.. time aku tunggu bas je mesti lambat giler sampai. Time aku tak tunggu… berderet-deret lalu depan rumah aku. Hmm… baik aku jalan-jalan kat Pusat Bandar ni… bagi hilang rase boring. Bas banyak lagi.

Aku ke Pasaraya Minat.. takde pape yang menarik pun. Begitu juge dengan Pasaraya Billion. Kedua-dua supermarketr ni je la yang boleh jadi daya tarikan orang-orang kat sini. Selalunye supermarket-supermarket ni sebok time raye dengan time bukak sekolah. Memang sesak.. ramai sungguh orang mase tu. Billion ade 2 blok bangunan. Minat lak bangunan 2 tingkat. Kedua-duanye bersaing nak maju punye pasal… tawaran hebatla.. potongan 50% la.. diskaun la.. hadiah itu.. hadiah ini.. bisnes beb.




Kalo aku masuk, aku cume suke tengok-tengok je. Lebih kurang window shopping le. Kalo nak membeli tu payah la sikit pasal aku ni belajo lagi… bukannye keje. Bile nak membeli, kene beli terus.. tak boleh teragak-agak. Kang otak aku mereng jadinye… takde ah.. bile rase nak beli, barula aku beli. Selalunye kalo mane-mane aku gi mesti aku suke tengok jam, walkman, baju, jeans…ala.. secare overallnye, aku suke yang ade kaitan dengan elektrik dan elektronik. Tak kire la kipas ke, radio ke, vcd ke, tiangletrik sekali punhikhikhik. Bab jam.. aku suke jenis Casio dengan QnQ…barangan sukan.. jenis Antioni atau Admiral. Jeans.. tak kire la jename ape pun.. Brittania ke, Levi’s ke, Musang ke… hehehe.. ape-ape jela.. yang lekeh-lekeh ke pun tak pe.. aku tibai je asalkan aku dah suke. Ape orang kate? Kalo dah suke jangan malu-malu nak beli.. tapi kalo suke, duit takde .. tak gune jugak ye tak? Keskeskes.




Hmmm… dah lame aku melilau kat kawasan ni.. adalah lebih baik sekirenye beta yang mulie ni beransur.. sebab takkan nak tido dalam supermarket tu kot. Hari pun dah nak malam. Aku menuju semula ke stesen bas. Bas dah nak jalan mase aku sampai tu. Cepat-cepat aku tahan bas tu… lega hati aku bile pemandu bas tu berhenti.

Ala

, lagi pun aku macam pamiliar jek dengan drebar ni. Ceh! Kenal sangat.. ni mesti konduktor die pompuan tu. Konduktor bas tu sebenanye perempuan tapi die macam lelaki…so budak-budak nakal tak la berani buat hal dalam bas die. Hmm… aku keluarkan RM1.20 dari kocek seluar bile konduktor tu sampai kat tempat duduk aku. Die menegur aku.




“Ai, cuti ke? Sekarang kat mane?”,…




“Err cuti? Tak ah… balik rumah sekejap je… sekarang ni kat USM Pulau Pinang”,..




“Oooo… dah habih sekolah Teknik tu?”,…




“Ish… dah lame habih tu… tahun 99 lagi..”,…konduktor bas tu tersenyum dan kemudiannye beralih kepada penumpang lain.




Perjalanan ke rumah aku tak le lame sangat. Lebih kurang 15 minit je. Sekarang bas aku dah melepasi Sungai Bogak, sebuah pekan kecik terletak antara Bagan Serai dan Parit Buntar. Dari jauh aku nampak menara tangki air. Hmmm.. dah nak sampai. Sebaik je bas melepasi pencawang elektrik TNB. Aku terus memicit loceng. Pakcik drebar tu macam dah tau… memang die akan berenti betol-betol depan rumah. Aku turun dari bas sambil mengucapkan terima kasih kat pakcik tu. Yang akui perasan dari raut muke dan percakapan die, die ni orang Melayu Banjar. Mak aku pun Banjar jugak. Asal Telok

Medan

, Bagan Serai.




Setelah melihat kiri dan kanan barula aku melintas jalan… pastikan tiada kereta atau kenderaan ketika melintas ye adik-adik.. ceh… poyonye aku….kehkehkeh… umah aku betol-betol tepi jalan… dekat sangat dengan jalan raye. Sampai je di rumah aku mengucapkan salam dan terus masuk sebab umah aku memang tak berkunci punye time-time senja ni. Sape la yang berani nak masuk… hehehe. Aku tengok adik-adik aku tengah tengok TV.. rancangan Roda Impian. Ayah pulak baru aje abih semayang Maghrib dan tengah bace al-Quran. Mak pun same gak tapi pastu mak bancuh air. Aku menyapa mak.




“Mak… aku dah balik”, mak berpaling pada aku.




“Aik… punya lama hilang.. baru sekarang timbui?”,..






Ada

ha… banyak keja la mak”,… aku dah agak dah mak mesti peril aku punyer. Yela.. anak bertuah die ni dah lame tak reti-reti nak balik rumah. Telepon pun jarang… USM dengan Bagan Serai bukannye jauh mane pun.




Kendian aku terus naik atas.. ke bilik aku ler. Pastu aku gi mandi.. semayang Maghrib.. kemas beg dan tengok berite kejap sementare tunggu Isyak.




Kedengaran suare azan dari speaker surau Batu 8. Dekat je surau dengan rumah. Ade la dalam 100 meter. Tapi penatnye pasal aku males nak gi.. alasan je tu.. kalo dah males tu.. males jugak le.




Selesai je Isyak.. biase la aku.. mesti aku cari

nasik

punye. Peh! Masak lemak pucuk paku.. tapi lauk takde. Ah! Ape susah.. telur ayam ade.. goreng aje la

kan

. Aku bukan cerewet sangat bab makan ni. Ape yang mak aku masak aku makan je. Tak kisah pun.. hehehe!




Kalo nak goreng telur, kite kene basuh dulu sebab nak hilangkan taik-taik ayamkat atas telur tu.. paham tak adik-adik! Kehkehkeh. Poyo lagi aku.. kihkihkih. Tapi memang betul pun .. ade hadis mengatekan kite wajib membasuh dulu telur tu.. ade paham? Kendian.. panaskan kuali.. bubuh minyak secukup rase.. hehehe. Ketuk sikit telur ayam untuk memudahkan kite pecahkannye masuk ke dalam kuali. Goreng la dengan kebijaksanaan anda sendiri. Kepada yang tak reti-reti lagi aku syorkan suruhla mak ko masakkan untuk ko. Saranan ni hanya untuk bebudak umur 8 taun ke bawah. Mane-mane pompuan yang tak reti goreng telur tu.. belajor la masak. Janganla ko malukan kaum Hawa. Kikiki… Ha! Dah siap pun telur kite.. buleh la dimakan ia. Errr… aku goreng cincai-cincai je pastu campur sos dengan kicap. Peh…bes wo. Mengancam wa cakap lu. Tak caye? Try lerr!!! J




Erkkk…. Maap ek.. tak elok sendawe depan orang. Nanti termuntah orang depan kite!! Terkeluar sume isi perot die. Kesian die. Ah! Takpela

kan

… perot aku kenyang. Aku rase adalah lebih afdhal kalo aku naik ke bilik akudan melepakkan diri sambil menonton TV lame aku yang sememangnye ade dalam bilik aku tu. Tak payah aku nak turun bawah tengok TV. Hahaha. Tapi TV tu takla clear sangat sebab ade la rosak sikit. Takpela.. janji buleh tengok. Mak, ayah, akak, dengan adik-adik akudah lame melelapkan mate walaupun jam baru je kol 10.30. Aku je yang dok segar mate ni… tak leh nak tido. Yela.. dah terbiase tido lambat tapi kalo kat rumah selalunye aku tido dalam kol 1 lerr. Kalo lebih tu ade la hal sket.. ekekek. Aku main mesej la kot… dengan sape? Sape lagi kalo tak si Niza tu…apola… sekali lagi aku tak sedor aku dah mengkrohkan diri aku dengan lenanye. Hehehe.




“Wan! Wan! Hish…hapela budak ni susah sangat nak gerak… Wan!! Bangun semayang.. dah nak siang dah .. pukul 7 dah pun”, sayup-sayup aku terdengar suare mak menjerit menggerakkan aku. Hmm.. memang dah pukul 7 … baikla aku bangun .. kang terlepas Subuh aku.. dose tu.. dose! Ni yang aku marah kat setan ni… die tutup telinge aku dari dengar azan Subuh… eeee… geramnye aku.




“Wan.. lepas semayang tolong mak tempa karipap”, laung mak dari dapur.




“Ha.. ya la.. nanti aku turun”, aku meniyekan aje.




Ish manelak pelekat aku ni… ni yang aku marah sangat … sape plak la amik.. pagi-pagi lagi dah buat hal. Aku cube mengingat kembali pelekat aku tu. Takkan aku nak semayang pakai seluar pendek paras lutut kot.. aku tergelak sendirian. Aku rase aku letak kain tu dekat tangga… tapi takde pun. Ceh! Apola aku ni…

kan

ade dalam bilik aku pelekat tu. Aku buat selimut malam semalam. Ape punye bodosla .. bodos-bodos.. kihkihkih.




Lepas semayang aku terus ke dapur. Mak tengah sibuk dengan tepung bungkusnye. Masih ade keje kosong untuk aku pagi-pagi camni… tuh… di satu sudut terbentang indah sekeping

surat

khabar yang di atasnye ade tepung gandum. Di sebelahnye ade besen berisi tepung uli… semangkuk air… sebotol botol kicap kosong sebagai penguli.. dan acuan karipap. Kejenye senang ajerk.. marila menempa karipap. Kihkihkih. Ei, kalo nak tau.. tempa karipap pun ade skill tau…hahaha… ingat senang ke.. tapi aku pun bukan tau sangat nak buat. Nasib ade acuan jek. Kalo pakai tangan haram aku tak reti. Jadila…janji ade rope karipap. Setakat tempa buleh la tapi kalo nak sediakan tepung uli.. inti lagi.. jangan haraplerr… aku tolong mane yang termampu. Kalo aku takde, akak aku le yang ganti tempat aku tu. Hehehe. Nasibla, sekurang-kurangnye tau gak aku buat keje-keje dapur walaupun sikit.




Aku melihat wajah tua mak. Mak tekun seklai melipat tepung bungkus di samping sekali sekala bangun menggoreng karipap dalam kuali tu tanpa mempedulikan aku yang dok menggelek tepung atas kertas

surat

khabar…ekekeke. Kesian aku tengok mak.. sejak aku kecik sampai umor aku dah nak 20 tahun ni.. inile keje yang mak aku buat untuk sara aku 1 famili. Tak letih ke mak buat keje ni? Aku yang duduk mengadap karipap ni pun dah sakit pinggang pasal duduk lame sangat. Itu la pengorbanan namenye. Ingat senang ke nak carik singgit dua.. yang anak-anak tau nak pakai duit jek. Emak baru 45 tahun. Mak lahir dua bualn sebelum merdeka.




“Wan…apa yanghang termenung tu.. buatla karipap tu cepat.. ayah dah nak hantaq tu.. jam dah pukoi 8”,..




“Ha? Er… yela.. yela..”, aku sahut tegran mak aku. Lebih kurang setengah jam keje aku pun siap. Pantas le katekan… hahahaha. Aku tak tau nak buat ape kalau balik rumah. Selalunye aku melepak aje.. tengok tv…vcd.. tu pun kalo ade cite bes. Tak pun tido lerrr.




Petangnye aku hanye lepak-lepak gak.. tak tau nak buat ape.. geng-geng pun dha takde. Ade yang keje.. sambung belajar macam aku. Lagi pun aku tak rapat sangat dengan bebudak kampong aku ni. Yela, aku bukannye selalu ade dekat rumah.. belajar punye pasal. Dahla jarang balik kampong. Balik pun setakat 2, 3 hari. Mane sempat nak kenal orang sekeliling. Time buleh jumpe pun kalau cuti panjang… time raye.. n kalau ade kenduri. Setakat kenal gitu-gitu jek.




Aku melihat sekeliling rumah aku… depan rumah ade jalan raye.. ekekek.. pehtu ade ladang kelapa sawit.. orang sini kata kelapa bali. Kiri, kanan, belakang ada rumah orang. Umah aku takla besar sangat. Bulehla muat aku sekeluarga. Kat dalam rumah ni la aku dilahirkan oleh mak aku. Takde ape yang sepesel sekitar umah… cume ade 3 batang pokok kelapa.. pokok bunge sikit-sikit.. 2 bijik kete buruk.. jenis Opel 1.2s… kete ayah aku tu. Satu memang dah kondem tapi yang satu lagi buleh jalan cume belakang kereta dah teruk sebab ayah eksiden dengan lori tanah. Lori tu yang langgar. Sekarang ayah pakai Toyota Corolla. Hmm… masuk yang ni dah berape tah ayah tukor kereta. Semuanye adik beradik aku yang saport. Yela, adik beradik aku

kan

ramai. 18 orang maaa.. cume yang tinggal kat umah ni 8 orang termasuk aku. Yang lain semua dah kerja n kawin.. dah beranak pinak.




“Wan!! Kopek nyiok .. amik kat belakang.. nak buat kueh esok”, mak menyahut dari dalam. Aku akur lalu aku amik parang kuntut… hahaha… kat dalam kotak tepi pintu dapur. Aku kendian amik 3 bijik nyok kat dalam guni di belakang rumah. Pehtu aku bawak ketiga-tiga bijik kelape ke depan rumah. Senang sikit aku nak buang sabut… keekek…ala, kopek mengopek ni senang je.. cube la try.




Habis mengopek aku terpandang pokok kelapa rendang depan rumah. Ai! Macam sedap jek nyok-nyok atas pokok tu.. tersusun cantik.. tersirap air liur aku. Peh! Kalo minum sejuk alangkah nikmatnye. Sebut pasal kopek.. jangan salah paham lak.. di Kelantan kopek tu bermaksud…er… tak payah la aku bagitau. Nanti ade yang malu terutamanye perempuan. Yang lelaki mesti suke punye bab-bab ni.. kehkeh. Kalo nak tau sangat tanye sendiri kat budak Kelantan atau Terengganu. Kat area umah aku ni kopek bermaksud mengupas atau dompet dut. Ok? Payah sangat cek la kat kamus…ade maksudnye siap penerangan sekali J




Setelah puas mengusha kelape-kelape mude atas pokok tu.. aku mengambil tong dram supaye senang aku nak berdiri petik buah-buah tu… tak payah aku susah-suah panjat. Parang aku cacakkan atas tanah. Dengan pantas kau berdiri atas tong dram dan terus mencapai buah kelape sambil memulas menggunakan tulang empat ratus kerat aku ni. Kehkeh. Debuk!!…sebijik..Buk!! due bijik!.. Dup! tiga bijik.. empat bijik…

lima

bijik. Hmm….cukupla kot… dua bijik pun dah cukup untuk sejag kecik. Aku mengupas kelapa mude sebijik demi sebijik .. takkan nak kupas 2 bijik sekali ye tak? Hehehe. Dengan muka toya .. ditambah dengan senyum kambing ditokok pulak lobang hidong yang kembang kempis, aku membawa sejag besar air kelapa dengan bangga yang teramat. Bubuh gule sikit campur ais. Peh! Memang mengancam ler tak gitu? Gitu-gitu.. hihihihi.




Air kelape dah habih disonglapkan dek adik-adik aku. Nasibla aku dah simpan untuk diri aku. Kalo tak, tak merase la aku air ni. Dah lewat malam dah ni tapi boring betoi… tv pun takde cite bes. Baik aku layan kepala aku ni. Kotla ade bidadari datang malam-malam ni.




Sambil berbaring aku mule terpikir pasal diri aku ni. Ape akan terjadi 2 taun.. 5 taun… 10 taun.. 20 taun akan datang? Aku pun tak sure. Bukan aku yang tentukan. Walau macamane pun aku kene merancang gak. Entahle.. pening gak kepala.. bukan makin ok.. cesss!! Hmm… bile aku pikir balik sape pun tak pakse aku belajor sampai le tenhap menara tanduk kambing gurun ni. Mak? Memang suruh belajar tapi tak harapkan apa-apa. Ayah? Pun same gak.. bagi ayah pelajaran tu penting, jangan sampai kite ditindas oleh orang lain. Antare semua ahli keluarga cume 2 orang je yang masuk u. aku dengan abang tiri aku. Yang lain banyak jadi cikgu. Aku pun tak jangka aku boleh masuk u walaupun otak aku jahat. Tapi aku bukan betol-betol jahat.. kekeke.




Abih je SPM dulu aku keje sekejap kat Sungai Buloh, Selangor. Keje supermarket… Hiong Kong Supermarket. Sebelum dapat matrix aku memang nak jadi sojar. Borang pun dah ade time tue. Mungkin rezeki aku

surat

matrix sampai dulu. So, borang tentera aku tak sempat nak hantar. Aku minat askar ni sejak kecik lagi. Pehtu seronot tengok abang ipar aku sebab die pun askat gak…askar udara.. pangkat kapten. Tak tau la sekarang dah naik mejar ke tak.. entahla. Matriks lak aku dapat seken intake… dapat lambat lak tu… mane tak panas hati. Sikit lagi je aku nak tolak. Tapi akak aku suruh gi jugak. Die soh aku mintak tangguh. Aku dapat tangguh 5 hari. Best siot… pasal aku tak payah kene orientasi. Kehkehekh. Aku

kan

terer dalam bab-bab mengelak nih. Ah! Lupekan pasal matrix… sekarang ni apa arah tuju aku? Aku sendiri tak pasti… betol ke aku nak jadi arkitek? Kenape tak jadi mekanik? Tak pun jadi perogol bersiri? Eh, ke situ pulak peginye… itu keje haram tu… berdose.. apola. Tah camane bleh terpikir pasal kuarge lak nih…




Ayah dah uzur.. umur dah lanjut.. dah lebih setengah abd. Aku tak taule sape yang nak jage mak dengan adik-adik kalo ayah takde. Aiseh! Nape lak aku bersedey nih? Hish.. lelaki mane bley sedey. Buat malu jek.. hehehe… tapi lantak ar

kan

? Perasaan kite bukannye buleh ditahan-tahan.. dikongkong… ceh… ape hal lak aku nak marah diri aku nih? Budustol. Adalah lebih baik beta menidokan diri sekarang ni. Dah pukul 1 ni. Tak lame pas tu.. adela bunyi manusia berdengkur krohhh!




Hmm.. arini aku dah nak balik USM.. sekejap je rasenye aku balik rumah… dah nak balik sane balik. Tapi masih awal lagi, baru pukul 10 pagi. Baik lepak dulu. Pukul 12 baru kemas barang. Aku melihat adik lelaki aku yang bongsu ..aisehh…




“Dik.. dik buat apa?”, aku bertanye padahal aku tau die tengah main dengan otromen kecik die tu. Dah 4 taun umor die. Saje aku nak pancing die tapi die bercakap sorang-sorang dengan otromen die tu. Kendian aku bertanye lagi…




“Adik dah mandi? Awat bucuk sangat?”,..




“Tak mau!!, die kate kat aku..




“Pi mandi cepat.. busuk adik ni.. eee..tak malu.. sapa pun tak mau kawan dengan dia… pi kat mak… soh mak mandikan”, aku kalo bab menyuruh memang power.




“Tak mau gak!”, adik aku tetap tak mau mandi… aku amik kusyen… pehtu aku tekup muke die… saje je nak main-mainkan die..




“Nak mandi ke tak mau?”, tanye aku sambil ketawe.




“Tak mau!!”, degil betoi budak kecik ni.




“Kalo tak mau mandi… aku amik otromen ni jual kat Pak Tam… nak?”, aku ngugut die. Pak Tam tu penjual ikan.. die selalu datang pagi-pagi kat kampong aku ni dengan lori kecik die tu.




“Yela…yela… mak!! Nak mandi!!”, jerit adik aku memanggil mak… name adik aku ni Adnan. Selalunye keluarga aku panggil adik… tak pun panggil Denan aje. .. pasal die yang paling bongsu sekali. Lagi satu.. aku memang power kalo bab menangiskan budak.. nak pujuk senang je.. kalo takut kene marah dengan mak … bagi aje seposen buat beli aiskrim.. terus diam punye.. rasuah beb… rasuah… hahahah.




Hmmm… dah pukul 2.30.. aku bercadang nak balik pukul 3. bukan ape.. aku males ah kalo sampai USM tu malam. Tak bes. Kalo bertolak pukul 3 lebih kurang pukul 6 sampai la aku. Apepun baik aku bersantap dulu.. save bajet sikit. Bagi betoi-betoi kenyang dulu. Malam kang buleh tibai roti canai kat kedai Kelantan tu.. air

bandung

.. peh! Terliur lak aku… kehkehkeh.




“Mak! Aku nak balik dah ni”, aku berkate pada mak yang tengah melipat kain kat depan TV.




“Nah! Ni duit belanja hang kat

sana

.. jangan hilang pulak”, mak mengingatkan aku.




“Mak..50 dah la.. aku bukannya pakai banyak sangat.. janji ada tambang… hehehe”, aku ketawe sambil menghulurkan kembali not

lima

puluh 2 keping kepada mak. Aku tau mak lebih memerlukan dari aku.




“Cukup ka 50 tu?”,..




“Hmm.. cukupla tu.. banyak-banyak pun nak buat apa.. nanti aku perabih sekejap ja..”, aku cium tangan mak. Pastu aku gi kat ayah pulak. Ayah tengah tengok TV sambil menghisap rokok Dunhill..




“Ayah.. nak balik dah”, aku salam tangan ayah dan cium tangan ayah. Ayah hanya mengangguk. Itu la ayah.. tak banyak bercakap dengan aku. Kalo ade hal penting baru la kami berdua bukak mulut. Camana pun dia tetap ayah aku gak. Mane ade ayah lain lagi. So, sape yang tak sayang

kan

? Untuk certain orang ade yang tak sayangkan ayah diorang tapi bagi aku… aku sayang ayah aku.




Perjalanan membosankan selama dua setengah jam membuatkan aku lebih senang menidokan diri je. Tapi kali ni aku pastikan yang aku tak tido lebey-lebey macam hari tu. Bikin malu jek. Aku sampai USM lebih kurang 6.30 petang. Sebelum sampai USM aku buat halaju sifar kat surau terminal feri. Aku memang suke macam tu. Ape-ape hal.. better semayang dulu sebelum buat ape-ape. Nanti terlalai

kan

susah. Aku memang macam tu peel nye. Kalo orang lain aku tak tau lerr. Hmm.. nampaknye aku kene berjalan le lebih kurang 2 kilo baru sampai desa… cess..apa da…banyak tol “lebih kurang” aku… hikhikhik… yela… aku pon dah tak tau nak pakai ayat ape lagi .. belasaha je la. Hahaha. Err.. aku melalui jalan tasik untuk ke desa.. saje seronot-seronot… nak jalan ikut desa Harapan.. males ar.. walaupun dekat sikit kalo ikut jalan tu. Bukan ape… saje-saje je.. makan angina n buang angin. Keskeskes. Aku tengok tak ramai orang arini walaupun arini hari Ahad. Maybe ramai balik kampong kot. Nak examla katekan. Balik rumah mintak restu mak ayah kot. Entahle. Ape pun tujuan diorang pokoknye petang ni takde orang sangat macam selalu. Itu je yang aku nak tekankan kat sini. Kuikuikui… harharhar..




Huarghhh!! Alhamdulillah .. aku masih hidup lagi arini.

Kan

bes kalo tetiap hari aku dapat bangun awal camni. Subuh pun tak kantoi.. heheheh. Pape pun bangunla Wan oi. Ko tu bukan buleh kalo baring lame lagi alamatnye lebur lagi la Subuh ko. So, aku pun membangunkan diri aku sebelum aku dibangunkan oleh sape-sape. Baik aku gerak Theli, Amir, Pok Le, Jul, Botak sekali. Diorang

kan

raje segala tidur. Aku lak jadi agungnye. Hakhakhak.




Nampaknye dah dua minggu berlalu sejak aku balik kampong aritu. Sumenye masih di tahap normal..

“Lie! Bangunla woi.. Yani suruh aku gerak ko.. ni mesej die”, aku berbohong pada die. Die memang laju kali name minah tu disebut-sebut. Ai, buah hati die.. semua dah tau. Satu kompeni PALAPES ni dah tau hubungan die dengan Yani. Sape yang tak tau tu memang tak reti nak amik hal member. Buakn suruh jaga tepi kain orang mau pun selak kain orang.. jenis yang tue saje nak kene lempang pree jek…




Tapi takde efek pulak kat Theli nie.. ai! Takkan tak menjadi kot. Selalunye ok je. Aphallak dengan budak sekor nih? Pelik betoi aku..




“Lie, kalo mu nok tdo pun.. bangun semayang dulu.. pehtu kalo nak membute sampai tengahari pun lantak ko la…”, aku mule bosan nak gertak die. Ni dah kali ketige aku kejutkan die, bangun tak bangun terpulang kat diela. Malamnye aku lepak kat bilik Theli.. takde ape yang bes pun.. die pun aku tengok senyap semacam je. Pastu die tengah melukis hape tah.. aku pun tak tau.. males nak amik tau. Aku terpandang pada suratkhabar atas lantai. Ai.. macam

surat

kabor arini jek.. mesti si Botak yang beli. Die memang rajin beli

surat

kabor. Budak Mass Comm cam die memang wajibla beli

surat

kabor. Banyak bende yang berkaitan dengan course yang die amik tu katenye.




Alah.. bosannye takde citer bes la dalam

surat

kabor ni. Asik-asik pasal Amerika dengan

Afghanistan

.. dah naik muak aku bace. Nak aje aku tembak Bush tu.. bio mampos.. hahaha. Yang Afghan ni pun satu hal gak.. nasibla ade Osama bin Laden. Kalo tak.. emm.. entahle… ah, aku tak paham dengan dunie sekarang.. dah tak reti-reti nak cari keamanan. Hmmm.. orang-orang kat

Malaysia

ni sedor yang kite ni hidop dalam pelbagai bangsa dan agama. Jadi, elakkan lah dari bermusuhan sesame sendiri. Kalo semua gaduh sape nak jage Negara. Fuh! Penuh semangat patriotic ropenye aku ni.. ahaksss!! J




Aku beralih pada Theli.. apahalla budak sekor ni.. monyok semacam je. Aku lihat pada lukisan yang dilukih atas kertas.. hmm… dielukih kartun.. macam-macam kartun ade. Penuh sekeping kertas.




“Lie.. mu lukih apo ni?”, aku cube memcah kebuntuan malam.




“Tak do apo ah.. sajo-sajo jo aku lukih.. tak dok mood nak buat bendo lain”, Theli bersuare tapi lemah semacam je.




“Yela.. tapi takkan sehari suntuk mu lukh bendo ni jo?”,…




“Mano ado.. baru male ni jo aku stat”,..




“Lie.. aku nok tanyo sket.. gapo sumo katun mu ni menangis? Ai, mu ado problem ko?”, tanye aku.




“Ish! Tak dola .. sajo jo nih.. boring-boring…”,..




“Hah! Nok nipu aku latu.. baik mu bagitau aku.. kalo tak .. lebam!!”, aku inginkan kepastian.




“Erm..aku dah break dengan Yani”, Theli tarik muke seposen.




“Ape…break? Ah… sudah.. bale mane lak timbul .. ko perang dengan die ke? Camne bley jadi camni? Patutla pun muke cam tong minyak.. hahaha”, aku ketawekan Theli.




“Aku tak tau kenape… alasan die… die takut kalo kami terus same bersame.. bile dah grad nanti hilang ntah kemane.. tak ke sia-sia bercouple. Die takut aku hanya habiskan mase aku je kalo bersama dengan die”,..




“Ai, sampai camtu sekali…. Ish.. aku ni tak reti sangat bab-bab ni.. ko pikirla sendiri.. tapi pada aku die tak patut buat camtu… camane die tau mase depan die macam tu? Abih, nape die terime ko dulu? Ish.. tak paham aku”, tak puas hatila kunun… keskeskes.




“Entahla Pokwe… aku dah betol-betol sayangkan die.. pehtu jadi camni lak. Betoila! Pompuan jenis tak berpikir panjang.. akalnye pendek”,..




“Sebab tu lelaki berpikir panjang sebab ade 9 akal dan 1 nafsu.. pompuan lak 1 akal… 9 nafsu. Tapi yang slecknye.. sebab banyak akalla lelaki gune untuk capai nafsunye. Dah le tu Lie.. takkan pasal sorang pompuan ko nak bersedey-sedey.. burok ropenye. Apola.. banyak mase lagi.. banyak lagi pilihan untuk ko.. tak gitu?”,..




“Ah! Aku tak bersedih sangat tapi terkilan la jugak.. takpe ah.. dah kene rejek.. apa bley buat. Aisyah aku kana de.. kehkehkeh”,..ah.. die mule dah.. lantak ko la Theli oi.. asal ko bahagia.




“Eleh Pokwe.. mu pun samo gak .. kene rejek mace aku… kan? Kan?.. hahaha”,..




“Oi, aku tak kene rejek la.. aku berpisah secare baik punye.. aku tak pernah gaduh pun”,..




“Ha.. same dengan kawe la.. aku pun tak penah gadoh dengan Yani… abih? Nape ko bleh break dengan Ziana ko tu?”, Theli plak nak cungkil hal aku.




“Hmm.. aku lebih kurang ko gak la.. tapi lain sket”,..




“Ape yang lainnye? Mu ngoyak kat aku”,..




“Camni.. die tersepit atau ayat lebih bagus lagi die conpuse samade nak pilih aku atau budak sorang lagi..”,..




“La…sape pulak budak tu? Ko kenal ke? Camnelak bley jadi cam tu… sebabnye kan die dengan ko.. jadi tak patutla nak suke orang lain kan?”,..




“Err… aku tak kenalla dengan budak tu.. budak tu budak UTM gak… satu fakulti dengan die. Lagi pun ape aku buleh buat.. dulu aku kat Sungkai… die kat Johor. Susahla aku nak kontek die. Aku bukan anak orang kaye boleh tepon die selalu. Jadi bile dah jauh ko tau jela dugaannye camne. Kalo aku takpela.. aku ni payah sikit nak berkenan kat orang… hahahah.. bab suke tu lain cite la.. hikhikhik.. so ditakdirkan budak laki ni pun kaco die dan nak approach die. Lame-lame Ziana pun tersuke pulak kat die..”…




“Loh… gapo mu tok gocoh (pukul) budak tu.. kan ke best.. tunjuk sikit!”,..




“Apola hang ni.. nak mampuih ka? Takkan aku nak terbang ke Johor pakai motomit kot.. bodoh… oi.. dah besar la.. takkan la pasal bende ni nak gaduh. Aku dah ade otak. Buat ape nak gaduh. Kang bukan makin ok.. makin teruk adela. Ini taktik zaman sekolah budak-budak bulehla pakai. Ah! Aku bukan jenis nak balas-balas balik ni… yang dah berlaku biarkan berlaku.. sekarang pikir untuk mase depan”,…




“Ending dio camno?”, Theli bertanye lagi.




“Ending die cukup simple.. die break dengan aku n kawan dengan kedua-duanye. Jadi kau still kawan dengan die sampai sekarang. Tengokla surat aku atas meja tu.. die antor.. jangan jeles. Ape je keputusan yang die buat adalah hak die”, terang aku pada Theli.




“Abih… mu camno plak? Takkan camtu je? Mesti ado sound efek…”…




“Ai.. aku terime jela keputusan die.. takkan aku nak terjun lombong kot.. hahaha. Maksud ko…nangis? Hehehe.. oh! Tidak.. tidak same sekali.. tapi mesti la kecewa…sket jela.. sekurang-kurangnye ape yang dah jadi tu menyedarkan aku yang aku ni memang tak reti nak jaga hati pompuan.. suke cakap kasar.. pehtu ego tak bertempat.. berlagaklak tu. So, itu antare sebab aku tak nak terime sape-sape lagi setakat ni.. aku takut diorang akan sakit hati dengan sikap aku ni.. jadi baik tak payah btol tak? Solo camni lagi bes”,..gile ah.. padahal aku frust menonggeng gile-gile.




“Cubela kalo Ziana nak kembali pada ko camno?”,..




“Errmmm.. entahla.. maybe takkan terime die kot.. walaupun aku tau aku yang banyak buat salah kat die tapi aku tak mau la bende ni jadi lagi kat die. Aku bukan yang terbaik untuk die. Better die cari orang lainla. Aku nak jadikan ape yang terjadi antare kami berdua sebuah kisah klasik untuk mase depan… ahakss”,..




“Kuikuikui… lawok-lawok.. Pokwe! Aku paham perasaan ko.. hihihi”,..




“Oi kambing… sekarang ni sape yang ade masalah .. ko ke aku? Bangang!”,..




“Jangan kate orang bangangla .. bangang! Hikhikhik”,..




“Keskeskes.. marila kite masuk kelab YSL.. hehehe”,..




“Kelab apo tu Pokwe?”,..




“Itu le Kelab Yassalam… hahaha… eh! Takde ah.. itu Kelab Young, Single n Lonely.. keskeskes”,.. aku menyuruh Theli menyambung kembali keje katunnye tu.. bagi die hilang tensen. Lagi pun aku nak balik bilik.. layan THR.. tak pun dengar ERA.. beh gak kan? Kecamprenggg!!..




Awalnye Baber masuk tido.. selalunye lambat.. Aik? Nana pun baru balik? Terbongkang atas katil. Rasenye die tak tukau lagi pakaian die. Nana ni asik balik umah je. Rumah die area Penang gak kat Bukit Mertajam. Dua hari je die balik bilik… pastu hilang. Itu jela kojonyo. Aku teringat balik ape yang aku dok sembang dengan Theli tadi. Betoike aku tak boleh terime sesape? Ceh! Bodoh.. memang sah aku tak boleh lagi terime sape-sape setakat ni. “Abih? Nape lak ko buleh terime Embe?”, tanye hati aku kat aku. Eh, ye tak ye juge ye.. nape lak aku tergile-gile kat budak tu? Nape? Nape? Kenapeee? Padahal die takde pape pun.. aku jek yang perasan lebih-lebih.. kehkeh. Ala, sekurang-kurangnye ade gak pendorong aku nak gi kuliah, tak gitu? Ah, biarkan.. die tak nak.. gua tak kesah. Serentak dengan tu jugak nape aku tak layan die macam kengkawan aku yang lain? Ah, itu cite lain.. yang penting sekarang… aku nekad tak terime sape-sape sampai….. sampai satu tahap aku yakin aku boleh menjage hati dan perasaan orang.. baru boleh bukak jalan…hahaha




Teringat pulak aku satu malam yang best untuk aku.. rase nak karate je besi katil aku ni.. bes sesangat. Hahaha. Kenangan bes untuk aku dan Embe. Tak tau la kalo Embe rase macam biase jek. Tapi bagi aku.. BESTTTT!!




Hari Selasa…malam…aku ade kelas Pengurusan Projek.. kelas malam.. macam kelas tambahan gakla. Boleh la paham sikit-sikit daripada aku gi kuliah tu. Kalo time kuliah.. dok melengung jek.. tak masuk hape pun. Abih je kelas aku pun balik la.. malas nak kuar gi mane-mane. Lepak bilik lagi bes. Sementare tu aku tunggu adik kejap kotla die nak balik sekali. Ha, ade pun si kecik ni..




“Wan… ko nak balik dah ke?”, tanye adik.




“Haah la.. maleh nak kuar arini.. rase macam nak balik je. Ko nak gi mane? Gi CC ke? Nak aku teman?”, aku memerhatikan adik pehtu… hallamak.. terlupe pulak aku pada satu susuk badan kat sebelah adik.. aiseh! Macam kenal je.. tapi di mana ya? Ahakss. Ala, Embe la kat sebelah adik. Aku berpaling pada adik.




“Ko nak balik ke Wan? Hmm.. tak pe ah Wan.. kalo ko nak balik.. balik ar dulu.. bior aku balik sorang je”,…




“Ei, betol ke ni? Buleh ke ko balik sorang?”,..




“Ala, bulehla.. aku dah biase balik sorang dulu.. hah! Embe ko nak balik ke.. ke nak gi CC sekali?”,… wajah Embe berubah serta merta … die diam sekejap.. aku hanya memerhatikan aje. Kendian Embe bersuare…




“Ermm… aku naik balikla Ina.. takpela.. ko gi la CC sorang-sorang”,..Ina ketawe kecil… Embe cube tak nak gelak..




“K la Ina… aku balik dulu”, kate aku pada Ina.




“Betol ni Embe ko tak nak ikut? Ko ikutla Wan balik… Wan.. jage Embe baik-baik.. jangan sampai kene colek”, adik berlalu pergi sambil tersengih-sengih. Tak taule die sengih peril kat aku ataupun die seronok sangat nak gi CC.. entahle.. hanye die yang tau.




“Dahla.. nak balik tak? Kalo nak jomlerr”, ajak aku pada Embe… sepanjang aku berjalan tu aku dok diam jek. Embe pun same.. takde topic yang boleh aku buat cite. Aku jadi blank… blank… arghhh! Blank! Nape dengan budak ni je aku tak boleh berkate-kate tapi sampai aje kat depan café Harapan…




“Wan… ko ade henset baru ke? Buleh tengok jap?”, Embe memulakan topic .. entahla.. buat sementare jet u kot.




“Ermmm.. aku tak bawakla.. aku tinggalkan kat bilik. Aritu jatuh pastu rusak so maleh aku nak pakai”, aku teringat henset sekenhen aku tu. Baru pakai 2 hari dah kondem. Salah aku jugak.. gatal sangat bagi jatuh sape suruh. Dalam jamban lak tu. Kekehekhe.




“Jenis ape? Berape ko beli?”, Embe bertanye.




“Aku beli sekenhen je.. Ericson T20.. aku beli aritu RM250”, aku menjawab pertanyaan Embe.




“Oh.. same la.. aku pun Ericson gak tapi lekeh sikitla. Aku pakai T18 .. ermm.. tapi murahnye ko beli? Beli kat mane?”, Embe menjual…




“Lekeh pun tepon gak kan? Aku pun beli seken je. Lagi pun buakn aku nak pakai sangat. Dah orang jual muraj aku pun beli la. Aku beli dekat Bukit Jambul (BJ)”, aku membeli.




“Akup un tak pakai sebenanye henset ni lagi pun ayah aku nak sapot.. amik jela. Aku saying kat sim card aku tu. Ade banyak lagi kreditnye. Tapi tu la.. nak top up tu yang tak larat tu”, kate Embe lagi.




“Aik.. takkan dah habih duit ko? Cepatnye habis?”, aku lak bertanye.




“Ala Wan.. takkan tak tau.. aku kan beli PC. Sekarang dah takde duit la. Tu pun mak aku sapot sket. Kalo tak.. harapan lerr”,…




“Kehkehkeh… aku pun same gak.. duit aku pun dah nyawe-nyawe ikan dah… tah hape yang aku beli aku pun tak tau… hehe”,..




“Ko memang… enjoy je keje ko pastu suke belanja orang.. mane duit tak habis…”,..




“Tak pe ah.. aku kalo pasal makan aku tak kisah pun.. hahaha”,…




“Ermm.. cam ne dengan kelas tadi? Ko paham ke?”,…




“Entahle Wan.. sikit-sikit tu boleh la.. lain ar o.. rajin tulih nota… aku ni maleh nak tulis.. nota semua dah ade.. cume nak carik jek”,…




Itu le … time balik tu cume borak-borak kosong jek tapi kekadang ade jugakla senyap kejap sebab tak tau nak cakap ape. Lain lak kalo aku dengan Niza… mesti mulut becok die tu tak berenti bile kene kutuk dengan aku. Keskeskes. 1 kilometer buleh dengar suare die kalo bertengkar mulut dengan aku. Aku pun 2 kali 5 gak suke menyakat budak tu. Saje seronok-seronok. Beswo kalo korang rapat dengan budak sekor ni. Buleh gaduh tetiap ari…hikhikhik. Sampaije kat simpang Aman dan Damai… masing-masing nak bawak haluan sendiri tapi kami dok berborak lagi..




“Camne? Dah ready dengan exam?”, tanye aku.




“Ala… lambat lagi… ilek ar.. tak kemane exam tu”, jawab Embe.




“Ko boleh la kate camtu sebab ko pandai.. lainla aku ni”, ceh .. merendah diri la pulak aku ni kunun.




“Wan… Wan… aku ni bukan pandai sangat.. ape yang aku dapat sem 1 dulu tu aku tak expect langsung… terkejutla gak mase dapat result tu.. erm… Wan.. buleh tak kalo kite tak payah borak pasal pelajaran.. boringla”, pinta Embe. Em.. aku pun rase camtu lagi pun aku pun bukan suke sangat cite pasal hal study .. tak best langsung. Tengok je la aku kat bilik bukan bincang pasal study tapi pasal bende lain.. hehehe..




“Tapi nak borak pasal ape? Cube ko bagi idea sikit… aku tengah blank ni”,..




“Ape-ape jela Wan… ko cakap je la ape yang ko nak cakap… ko luahkan ape yang patut.. aku dengar je”,…eh.. macam tau-tau je budak nih..




“Aik.. aku baru je nak cakap camtu kat ko.. ko dah cakap dulu”,…tah camne kami berdua buleh melekat kat situ. Cadangnya memang aku nak balik desa… Embe lak nak gi bilik Rosey, school mate die dulu…nak lepak-lepak katenye… tahla.. rase cam nak borak lame-lame lagi. Peh! Syukur… syukur.. ahakss..




“Hmm…cakapla Wan ape-ape aje.. kang kol 12 aku nak makan kat Damai tu.. peh tu nak gi bilik Rosey lak.. bukan selalu kite dapat peluang sembang lame-lame cam ni kan?”, Embe tergelak kecil.




“Ye tak ye jugak …ermm.. ikut boleh?”,..




“Ke mane? Café Damai? Ke bilik Rosey?”, die bertanye kembali. Aku menggelengkan kepale melihat Embe dari hujung tudung die sampai ke hujung tapak selipar die.. ekeke.. die masih dalam kedudukan berdiri .. ai! Tak lenguh ke minah ni.. aku yang PALAPES ni pun tak larat nak berdiri lame-lame. Aku duduk atas tembok batu jalan… sambil tersengih-sengih kat Embe.




“Dua-dua boleh? Hehehe. Ai Embe.. tak penat ke berdiri tu… dudukla.. dok kat hujung tu… aku dok sini… ko dok sane.. bukannye aku nak buat jahat kat ko.. hahaha”,…




“Aku tak kisah kalo ko nak ikut.. erm.. tapi tak payah la Wan.. jangan nak menggatal ye… tak pe ah.. aku suke berdiri.. lagi pun tak elok orang nampak, ish.. tak paham aku pompuan sorang ni.. dah lame die berdiri … tu pun kate tak penat lagi. Lantak ko la.. yang lenguhnye ko.. bukannye aku.




“Ko takkan tak tau… aku memang gatal pun”,..




“Ye.. memang gatal miang”,..




“Keskeskes.. ko nak makan ape nanti kat Damai?”,…




“Huh.. makan jela pape yang ada.. dah malas nak kuar Sungai 2 tu…er…camne ko kenal Rosey?”, tanye Embe.




“Aku kenal gitu-gitu je.. tu pun pasal die selalu dengan geng Pahang aku.. jadi kenalla.. setakat kaco-kaco sket-sket.. heheh”,… aku menyambung lagi “Kalo ko nak tau Theli suke die”,..




“Ooo camtu… bile Theli suke die… nape die suke?”,…




“Dah lame dah…hmm.. sejak die sampai sini lagi.. cam cinte pandang pertame tapi die tak berani la nak tegur.. hikhikhik”,…




“Ekekek.. apo la Theli tu.. penakot juge.. bukannye si Rosey tu nak gigit die. Cakap kat Theli baik die cepat sebelum dikebas orang. Rosey tu takde sape-sape lagi.. erm… nape ko tak amik je Rosey tu? Die cute ape… hhihihi”,..




“Eh! Rosey? Tak nak ah… aku rase aku nak ko.. hikhikhik… bleh?”, ish, apo la mulut aku ni… bodos-bodos… Embe serat merta berubah wajah cutenye tu … kendian die duduk hujung tembok batu jalan sebelah sane… aia.. salah ke ape yang aku cakap tadi?.. pehtu aku gelak tengok die duduk.




“Ai cik kak… awat duduk? Tadi kate suke berdiri? Hehehe”,…




“Eh.. tak le… aku jeles tengok ko duduk.. tu la pasal”, Embe tersenyum menampakkan keayuan die.




“Ele… tu dah malu le tuh… keskeskes”, kate aku.




“Dah le tu Wan… ko jangan menambah kemaluan yang sedia termalu nih..”,..




“Wan.. nape ko pilih aku? Kan ramai lagi budak USM yang cun-cun “,..




“Ermmm.. entahla .. aku sendiri pun tak tau. Janganla ko tanye soalan macam tu. Memang aku tak tau ok…”,..




“Wan… ape la ade pada aku ni.. aku macam orang lain gak.. takde ape yang spesel pasal aku kan?”,…




“Ko silap Embe.. setiap orang ada keistimewaannye ko tau… aku jeles tau bile tengok ko sembang dengan budak lain.. tapi tak la tahap cipannye jeles.. biase-biase je”,…




“Kan aku dah cakap.. nape tak pilih orang lain?”,…




“Kalo aku cakap aku nak ko jugak camne? Hehehe”,…




“Udahla tu Wan… kang lambat laun ko akan lupe jugak aku … cayela”,..




“Kalo aku tak lupe camne?”,…




“Dah le tu Wan… baik ko carik je orang lain.. Ngetkan ade…Ina ape kurangnye?”,..




“Ermmm.. mane boleh.. dah ko yang aku suke… takkan aku nak kat diorang lak?..




“Mesti ko akan lupekan aku Wan.. aku dulu pun ade suke kat sorang budak tu.. die senior akula. Selalu gak main surat-surat ni.. yelakan… zaman nakal-nakal dulu sape nak bendung. Pastu abih je sekolah terus lost kontek. Maybe die dah lupekan aku.. so, aku malesla kan”,..




Tetibe Agus melintas depan aku.. bukan die sorang tapi die dengan Jul. hallamak.. abihla aku.. mesti kecoh punyela kalo aku balik kang. Agus dan Jul menunggang beskal. Jul naik besi buruk aku.. Aguslak aku tak tau mane die tibai mane tapi diorang tengok aku tadi semacam je… waduh… bikin rosak program dong! Siap tersengih gatal lak tu. Papepun aku banyak borak dengan Embe malam tu… tapi yang budusnye aku banyak cakap ‘berkalo-kalo’.. so susah die nak jawab balik.




Tapi aku memang budus.. tahap besi katil aku.. hehehe. Tak lame lepas tu Rosey datang… die baru balik dari buat assignment science comp die tu pasal die budak science comp.. ekeke. Nasibla Embe tak gi lagi bilik Rosey tu… kalo tak … penat kaki berjalan je.. sampai kat bilik takde orang lak.. hahahah.




“Takpe ah Wan… aku nak gi makan ler.. kang langsung aku kebulor malam ni”,..




“Ikut buleh?”,..




“Nak ikut? Aku tak kesah”, aku, Embed an Rosey gi café Damai. Situ pun borak kosong gak. Aku dengan Rosey minum air jek pasal aku dah makan time petang. Rosey lak tak lalu.. dietla kot.. ekekek. Embe? Embe tengah melahapkan dirinye dengan mi goreng..kehkehkehe. aku hanye memerhatikan aje… tengok die makan.. alahai… keskeskes. Abihje Embe makan kami summer balikla. Takkan aku nak tido kat situlak. Mau aku kawin 2 malam tu kalo ditangkap dek badan bertindak asrama… pree lak tu.. takke haru jadinye. Sape yang susah? Aku jugax.. ahaks.




Erm…dating secara kebetulan dengan Embe cukup membuatkan aku rase best sesangat. Aku puas hati sebab ni la kali pertame aku borak lame-lame dengan die…ei.. tak pernah wo aku dating camtu tau. Sekurang-kurangnye aku tau ape hasrat hati die. Die lebih mementingkan pelajaran daripada terus hanyut dala bende-bende yang tak mendatangkan mase depan yang belum pasti. So, memang betoi pun cakap die. Niat aku pun bukannye aku nak menekel die sekarang… lambat lagi laaa. Saje nak tengok respon die.. keskeskes… aku memang serius dan eklas menyayangi.. tak salah kan? Hehehe. Ari tu jugak terbukti Embe menepuk kedua-dua belah tangannya menampar nyamuk-nyamuk yang menggigit kaki die… dan terbukti jua bagi aku yang aku memang bertepuk sebelah tangan walaupun aku ade 2 tangan. Hehehe. It’s not the end of the world kan? Keskeskes. Selagi aku buleh tunggu.. aku tunggu.. hahaha. Better aku teruskan misi aku yang tergendala tu… dan aku tak salahkan sesapa dalam hal ni. Ala, gua tak kesah.. gua buleh terime kenyataan punye. Gua nak tengook berape ramai lagi awek-awek cun kat USM ni. Bukan nak menekal.. just nak tengok je.. jadi baik solo kan? Ekekek.




As the conclusion… cewah! Speaking la pulok.. malam tu aku cukup pueh hati dapat dating dengan orang yang paling aku admirer sekali. Maybe itu kali pertame dan terakhir kot. Tak tau la mase depan nanti camne. Aku nak gak jumpe pakwe die… mane tau kot-kot bleh buat bisnes mi goreng mentega J




Tak pasal-pasal wajah Lin masuk dalam otak aku yang kuning ni. Kisah aku dengan Embe tu dah lame berlalu. Sikap Lin memang menyenangkan aku.. cume die je la yang sakit hati dengan sikap aku. Eklas cakapla.. aku suke juge budak kecik nih. Die tak banyak datangkan masalah kat aku. Aku je yang banyak susahkan die. Hehehe. Aku memang kejam.. aku selalu mengelakkan diri daripada budak ni.. entahla .. aku tak tau kenape. Maybe aku tak nak orang lain tengok aku terlalu rapat dengan die. Lagi pun ramai suke kat die jadi baik aku jauhkan diri dari die. Sekurang-kurangnye aku tak kaco line orang lain yang aku rase lebih baik dan sesuai dengan die. Keskeskes. Aku selalu berdalih bile ade orang kate aku ade fair dengan die… lagi pun memang takde ape-ape pun. Kekadang bile die takde.. aku pulak yang tercari-cari. Bile die ade.. suke benar aku buat muke badut sarkis kepala donga. Hahahaha. Aku juge tau yang die suke kata aku tapi tak taula sampai tahap mane sukenye tu. Kesian gak aku time aku malukan die kat stadium dulu. Entahla.. tak payahla aku ulang balikape yang dah jadi dulu. Sengaje kot aku buat macam tu supaya die benci aku. Untuk kebaikan die jugak. Aku tak layak untuk die.. tak layak untuk Embe.. tak layak untuk Ziana.. tak layak untuk Niza.. kalo die suke akula.. kehkehekhe.. tak layak untuk Ina.. tak layak untuk Izla.. Sha… Vee.. Rose (bukan Rosey).. biskut (tak kenal)..nana (tak kenal)… Linda.. CT.. Sue.. n sesape jela (kalo diorang ni sume suke akula). Hikhikhik. Aku rase Pian atau Farouk better untuk Lin.. ekeke.. buat mase sekarang adalah lebih afdhal aku mengsyokkan diri sendiri.. hahaha.. ceh.. cakap macam orang kecewa je aku nih. Hahaha.




“Oi Wan. Bangun Wan.. ko takde kelas ke arini? Dah pukol 9 lebih ni”, Baber menggerakkan aku.




“Urghh!!”, aku menguap..”Ala.. aku takde kelas arini.. BI aku dah habih kelas. Minggu lepas last. Ko takde kelas ke?”, aku mengomel… sambil selimut aku tarik lagi.. mate aku lak tertutup rapat tanpa ade rase nak bukak… bestney tido. Keskeskes.




“Aku memang takde kelas ari Khamis… saje la kau gerak ko kot-kot ko ade kelas”, Baber menambah.




“Ber.. maseh la gerak aku.. la ni aku sambung tido balik aaa.. hahah”,…Baber berlalu pergi ke katilnye .. die pun same gak daripada gi mane-mane tak tentu hala baik die tido.. aman dunie. Aku pun memang males nak gi kelas arini. Memang aku nak kong kelas. Males aku nak gi kelas Pengurusan Perniagaan. Ala, nanti dah dekat nak exam baru study betol-betol ye tak? Hahaha. Apo la nak jadi dengan aku? Camne nak pandai..asik monteng je. Ceh! Kalo gi pun macamla buleh pandai. Denga tapi tak paham watpe.. buang mase gak.. tapi lagi bagus dari tak pegi langsung. Sekurang-kurangnye paham sikit-sikit daripada tak tau langsung… ah! Maleh la aku nak gi……




Tengahari.. aku bangun macam biase sebab nak cari makan la.. kang dibiar.. abih meragam perot aku. Perot pun macam enjen gak … tak dapat minyak nak jalan pun semput. Hihikhik. Petangnye pulak aku lebih selesa menidokan diri aje. Sesambiltu aku amik walkman aku bawah katil. Best gak dengar lagu time boring-boring ni. Itu jel ahiburan yang ade. Nak main gitar.. tak reti la pulok. Kahkahkah. Hallamak.. sekali lagu yang paling aku suke tenagh dimainkan oleh Subi, DJ ERA… best la kau.. aku cube menghafal lagu ni.. pasal.. entah… best kot… jagu jiwang beb..keskeskes J




Aku masih.. macam dulu…

Tidak menampakkan kesedihan…

Walau ku ditinggalkan…




Aku masih mampu melepaskan…

Senyum yang panjang…

Walau luka di dalam…




Sudah mesti… waktu ini…

Engkau dengan dia semai kasih…

Di kejora…




Aku semai luka yang tak nampak…

Di bumi gersang…

Hanya kesorangan…




Memang kukecewa… memang aku sedih…

Keranamu….




Walaupun dataran ini kontang…

Namun di hatiku renyai ..memandang…

Datang dan datang…




Hakikat harus kuterima…

Walau ikhlas walau suci..

Namun aku… masih kurang…

Yang selalu orang pandang..

Kebanyakkan itu masalahnya…




Tak apalah… itu nasib aku…

Aku terima semua …

Itu dugaannya…




Semoga renyai…ini takkan…

Berpanjangan….




Aku tetap doakan engkau…

Walaupun bukan milik aku…

Sikit pun tak berdendam…

Kerna sudah tertulis…

Yang dirimu itu.. milik orang…




Hehehe… inile lagu paling aku suke sekali kat Malaysia ni. Lagu ni Ezad Exists yang nyanyi… lagu solo die.. so, bukan lagu exists. N then takde pun jual kat mane-mane kedai sebab aku tak penah jumpe album lagu ni… dan sebab satu lagi lagu ni dibuat untuk kompilasi lagu artis mane-mane tah.. campor-campor la. Lame jugakla aku nak hapal lagu ni. Lagi pun nada die tinggi. So, sesapa yang tedengar suare katak memanggil air keluar dari pancuran air tu mintak maap la ek… keskeskes. Gua bukan sengaje.. gua tersengaje jek. Hehehe. Pape pun aku suke Exists.




Aku dah mule tak boleh duduk diam pasal last projek studio aku tak sentuh lagi. Projekpaling menyesakkan hidop.. menyesakkan mental dan fizikal dan yang paling penting… menyesakkan duit poket yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan ni. Kahkahkah.




“Wahai Theli sahabatku.. bilekah agaknye dapat kite mulekan projek kubah (dome)? Tidakkah tuan hamba rasekan yang kite sekarang dah terlambat lewat nak mule.. orang lain dah nak siap… kite baru terhegeh-hegeh”, kate aku pade Theli.




“Yo tak yo gak… takpe… takpe… sumo doh bereh.. aku doh bince denge Amin, Nuar.. diorang nok mulo Rabu ni. Mu ngoyak kek Jenal.. member mu tuh”, Theli berbalik pada aku.




“Heh.. aku bereh jo… ahakss”,…




Tinggal seminggu je lagi projek dome ni nak kene hanto. Esoknye aku n da gang gi jalan-jalan cari batang paip PVC.. tu medium yang nak kene guna. Tapi malangnye takde maaa. Semua dah dikebas dek bebudak HBP yang lain. Anyway kami dah order 20 batang dari kedai Cina hardware tu… tu pun die kate tak boley jamin kekal atau tak stok tu. Eh! Si kecik tu dah mule ke belom? Tak bley … tak bolej jadik camni.. kene bagitau gax.




Tuuutt…tuuuttt..tuttt..




“Elo…sape tu?”, adik menjawab panggilan aku.




“Assalamualaikum dik… aku ni… si beskal. Hahah”,..




“Waalaikumsalam.. oh, ingatkan sape la tadi.. ha.. nape?”,..




“Ermm.. ko dah mule ke dome ko? Esok aku nak gi amik PVC ni.. nak ikut tak? Klo tak nak takpe.. aku cume nak bagitau ajek”,…




“Alamak… kami tak buat lagi la. Nantila aku bincang dengan bebudak ni dulu. Esok kalo ko nak gi .. mesej aku ek”,..




“Aku gi petang esok dengan kumpulan aku”,…




“Papepon… ko mesej aku tau”,…




“Okla.. syiling aku dah tinggal sejuta lagi ni.. sebelum die berbunyi.. pikirkan la.. kang jangan kate aku tak ajak.. k.. bye..”,..




“Yela… yela… bye…”,…




Esoknye.. aku tunggu adik kat depan masjid. Bukan aku je.., Theli .. Amin.. Jenal pun ader. Nuar ade hal tak dapat gi. Lama gak la tunggu minah-minah tu. Dekat setengah jam baru la sampai. Kalo ikutkan budak-budak group aku ni memang dah kami pergi dulu. Aku tak kisah punye. Lambat sangat. Geram aku.




Semua ahli group adeq ade aritu. Diorang cume berempat je… Adik.. Niza… Embe dengan Vee.. Sha pun ade cume die saje nak datangla. Dari raut muke-muke diorang ni jelas terpancar cahaya baru bangun tido.. keskeskes… ai, tido petang-petang gini memang bes wooo.. ahaksss.




Dari situ kami menapak ke kedai hardware tu. Ade la lebih kurang 2 km. dekat dengan Makro. Penat? Nak buat camne… dah nasib… kalo tak gi.. camne nak siap projek..




“Alo.. bos.. amacam barang kami order semalam? Sudah sampai ka?”, tanye aku kat apex kedai tu.




“Ada… ada… 20 batang lu mintak semalam kan? Tapi macam mana lu nak bawak balik?”, tanye tokey kedai tu kat aku.




“Lu tak boleh antar ka tokey?”,…




“Haiya.. manyak susah wo.. esok petang baru saya buleh anat pasat pekerja takda maa.. diorang pigi anta baling tempat lain”,..




“Tak pa ah tokey.. esok lu hanta.. kami tunggu kat sana. Tapi harini kami amik 7 batang dulu”, aku bagi cadangan pada apek tu.




“Ok… ok.. lu ada nombor henset ka? Bagi mari sama saya… sinang mau kontek”,..




“Tokey.. sebatang paip berape?”, adik bertanye pade apek tu.




“Sebatang 7 ringgit … mau ka?”, tanye apek tu balik… aku ade kat sebelah Ina jek.




“Berape sebatang?”, Embe lak bertanye tapi aku tak pasti la die point kat sape… apek tu sebok layan customer die… Ina sebok kire skru. Tak habih-habih dok mengire skru gune mulut dengan jari die. Keskeskes. So secara otomatik.. kepale aku berpaling pada Embe. Tindakan luar kawal.. hakhakhak. Tu pun supaya die tak malu sebab takde yang nak jawab soalan die… kehkehkeh.




“Ermmm… 7 ringgit sebatang.. 6.50 diskaun”, aku buat muke serius.




Tapi yang peliknye die tengok aku semacam. Lame lak tu.. aku pun camtu gak. Terkedip-kedip mate aku dengan die tengok antare satu same lain. Tak kuar suare pun. Macam ade kuase letrik yang tarik pandangan mate aku n pandangan mate die supaya jangan lepas. Arghhh!! Apeni? Serentak dengan tu jugak aku terperasan Vee.. tengah dok usha kami berdua. Vee tergelak kecik tengok aku dengan Embe. Ah,, sudah.. kes naya nih… malu aku siot. Serta merta aku alihkan pandangan aku. Nasibla Vee sorang je yang perasan. Hikhikhik..




Ehem!! Ehem!! Vee berdehem… kehkeh.. lantak la Vee oi. Bukan selalu ko nak tengok drama swasta camni. Kihkihkih.




“Err.. Wan.. ko bawak balik berape batang nanti?”, adik bertanye lagi tapi die dok mengire skru lagi tu.




“7 batang.. tapi kalo ko nak korang amikal 7 batang tu.. kami ada 10 lagi selebihnya esok tokey ni hantor. Lagi pun aku nak order lagi ni.. raseney memang tak cukupla”,…




“Ok gak tu… lagi pun kami langsung tak buat pape lagi”, adik berkate lagi… aku hanye mengangguk jela sebab group aku dah mula buat bahagian atas malam semalam… dah siap dah pun. PVC tu kami amik mase kami survey kedai hardware dekat kawasan ni. Satu kedai ni je yang tinggal.. yang lain semua dah habis disapu bersih… dah takde stok.




Dengan bertemankan cahaya lilin.. dibantu gergai PVC.. tak lupe juge kat kikir kayu.. n batu-batu yang mane-mane je kami amik. Kikir dengan batu kami gune untuk leperkan PVC. Lilin kami nak panaskan hujung PVC sampai lembik. N lastly skru driver untuk buat lubang skru.. bagi muat-muat sebijik sku masuk. Kami buat keje-keje tu dalam longkang berhadapan bangunan Usains Holding (Syarikat Korporat USM). Macam orang hisap dadah jek.. kehkehkeh… lame la gak buat keje-keje tu tapi mission akhirney complete… hikhikhik.




“Wan.. order sekali buleh? Senang ape-ape hal nanti”,…




“Ye la dik.. tokey! Tambah lagi 12 buleh.. esok lu hanta sekali aaa”,..




“Okeh-okeh… lu 2 olang sekali aaa.. esok saya anta sama lu”, tokey Cina tu beri jaminan.




“Tokey, berapa semua?”, aku bertanye pasal bayaran.




“Semua sekali RM85”, kate apek tu… mulut die terkumat kamit dok cakap sensorang.. gune bahase ibunda die… sepatah haram aku tak paham.. hikhikhik




“Nah tokey!”, aku memberi wang pada apek tu. Aku kongsi dengan group Ina. So, bayar sorang sikitla. Kalo aku bayor semua.. ranaplerrr. Lagipun aku pun pakai duit bebudak group aku. Harapkan duit aku.. aku pun sesak… heheh.. seploh inggit je tinggal dalam poket.. ahaks.




“Hmm… dik.. ade pape lagi tak? Kalo takde pape jomla balik”,..




“Dah takde ape dah.. cukupla kot untuk arini… jomla balik… jom”, kekadang aku bengang gak dengan apex tu banyak bercakap dari buat kerja. Leceh betolla.




Sepanjang time nak balik.. gelak ketawe mengiringi kami. Yela kan.. bawak balik batang paip 20 kaki. Mane tak lawak… orang keliling tengok jek. Kalo aku selamber jek la. Aku memang buleh menebalkan muke aku. Kehkehekhe. Nak bawak batang paip tu pun kene ade teknik wa cakap lu. Hanya orang yang pernah bawok jet au camne yang betoi-betoi nak angkut. Tak cay etanye Nget atau name sebenarnye Norazniza Bt Mohd Hasbi.. ahaksss.




Kami letak summer barang-barang dekat tempat yang group aku buat semalam. Senang sikit nak buat kat situ…. Lapang kawasannye.. nak keluar Sungai 2 pun senang. Nak keluar makan pun tak la susah sangat. Malam tu jugak kami buat ape-ape yang patut tapi buat yang senang-senang je. Kami potong paip ikut ukuran dan leperkan paip tu.




Malam esoknye lak kami terpakse berpindah ke HBP pasal kawasan yang kami gunekan tu dah tak dibenarkan dek pag gad. Kehkehekh. Pak gad buat hal pulok. So, terpaksa le menapak lagi.. adela 200 meter ke HBP tu. Kire jauhla tu kan? Kehkehkeh.. angkut la mane yang ade J




Sampai je kat HBP.. dah takde kawasan untuk kami lagi. Jadi pilihan yang tinggal hanyalah kat cerun bukit. No choice bebeh. Group aku kene siapkan malam tu jugak sebab esoknye Amin dengan akunye master mind, jang ade cycling ke Transkrian. Jadi tinggal aku, Theli dengan Jenal n Nuar sebagai pak lawok.. hahaha.




Disebabkan hari pun dah lewat pagi.. aku pun…




“Jang! Amin! Takpela.. bende-bende suem korang tinggalkan kat aku. Bio aku dengan diorang setelkan. Korang gi la balik. Esok nak gi Transkrian pulak. Baikla korang balik tido. Cume sekarang ni.. ko susun ikut susunan ukuran la.. senang aku nak sambungkan. Bab penutup dome nanti aku pikirkan.. okes?”, kata aku pada Jang. Mata aku melilau mencari Theli.. ermm.. die tenagh syok melentokkan dirinye atas surat khabor.. tido le tu gamaknye.. letih siolll… memang letih maaa. Siang kuliah.. malamnye buat keje-keje camni.. nak wat camne… dugaan.




“Btoi ko ni Wan? Kalo camtu.. aku dengan Amin klik dulu la lepas habis susun paip-paip ni. Jangan lupo gerak si Theli tu.. eii.. jago budak-budak pompuan tu sekali aaa.. ahak.. ahak”, Jang buat lawak tengah malam.




Hmm… keje aku senang sekarang, cume nak pasang skru aje. Tapi yang tak syoknye skrunye pulak yang tak cukup. Tensentol aku. Ah! Takpe la.. dah takde keje ape yang nak kene buat. Baik tolong adik aku tu. Die banyak lagi tak siap. Diorang sekarang ni tengah potong paip ikut ukuran. Sha, Nget dan Embe tengah leperkan paip. Tak lame pastu Embe gi tolong Ina dengan Vee. So, aku pun mencapapkan diri aku kat tempat Sha dengan Nget. Theli masih lagi melihat bulan dan bintang di angkasa.. hikhikhik. Terbongkang tido. Amin dan Jang dah selamat balik. Jenal pun same sebab die nak buat pamphlet untuk dome kami. Tinggal aku dengan Theli serta diorang-diorang ni. Tak yah la aku cakap sape. Bebudak pompuan ni dah siap ukur-ukur n potong .. jadi diorang pun susunla ikut kedudukan sebenar dome tu. Nampak senang tapi susah jugak nak buat.




Nak buat dome ni kene ade tige ukuran… ukuran A, B dan C. setiap ukuran adalah berbeza. Nak tau ukuran ni kene ade formula die. Disebabkan bab ukur mengukur ni bukan keje aku.. jadi kau tak retila nak terangkan. Tanyela master mind group aku. Die je yang terer atau senang cerite cari je kat dalam internet. Pandai-pandai sendiri cari ek. Hahaha. Pastu sambungla ikut susunan yang dah termaktub dalam internet… kehekehkeh.




Hari-hari berlalu begitu pantas. Maka dome kami yang serba tak kena ni pun siap gak akhirnye.. hahaha. Bumbung die dah kami pasang … pakai ape? Ahah.. pakai plastic hijau yang aku pinjam dari bebudak PALAPES. Itu jela usaha yang buleh aku pikir… tak nak pakai pulusnye pasal. Dah habih present kang aku hantorla balik… tak gitu? Gitu-gitu J




Punyela simple dome yang group aku buat. Simple-simple pun jenuh jugak kaminak siapkan. Tak tido.. kong kelas.. itu memang dah wajib.. mate pun dah kuyu… letih maaa siolll. Aku tengok balik dome kami tu. Sekarang Amin dan Jang dah balik 2 hari lepas. Jadi cepatla keje siap. Hallamak.. memang betolla orang cakap.. orang laki ni takde nilai seni langsung. Asalkan siap udah. Lagipun esok dah nak kene hantor. So, tawakkal jela. Keskeskes.




Memang serba tak kene dome kami nih. Plastic hijau yang kami pinjam tu kami main hamper je atas kerangka dome. Nak potong tak boleh sebab orang punye. Itu je choice yang ada. Semalam kami bawak turun ke bawah dekat dengan pencawang TNB sebab situ lapang sikit tapi yang tak besnye kene angkut balik ke cerun bukit semula sebab setiap dome kene link antare satu sama lain. Kirenye kene buat keje 2 kali .. haduh… pening kepala hotak. Maknenye dome group adik pun kene angkut naik atas gak la. Dome die pun kami bawak turun sebab nak bagi senang kerja.. senang kami nak tolong apa-apa yang patut. Esok kene angkut le balik. Arahan kate camtu. Bertindak mengikut arahan.




Dah setel summer.. bebudak ni enjoy. Group Ina masih lagi dengan dome diorang. Tak siap lagi. Diorang tengah pasang bumbung la. Si Theli lak bawak gitar Agus. Lantakla.. die nak main.. manila… aku memang tak reti langsung… hahaha.




Sepol pun ade malam tu.. die ni kawan aku gak dan baru-baru berkenal-kenalan dengan Theli n da gang. Tapi die cepat mesra. Jenal amik gitar n mainlerr. Si Sepol tukang nyanyinye.. kehkehkeh… lagu SO7 tu.. aku nengok pun naik syok. Selame ni aku tengok je gitar Agus tu. Nak main jauh sekali. Dah tak reti.. takkan nak main kot.. hehehe.




“Jenal.. pinjam jap pegang buleh?”,..




“Nah, amik!”, Jenal menghulurkan gitar tu kat aku. Serentak dengan tu gak Vee masuk dalam dome aku group aku. Terkujat gak aku… tetibe je die usha. Aku senyum jek. Pastu aku bagi balik gitar tu kat Jenal… bio die mainla. Ish… arap-arap Vee tak bagitau pape kat bebudak pompuan tu. Yela, bukan aku yang main lagu SO7 tu.. lagu-lagu lain pun bukan. Aku baru je pegang.. perak sangat la katekan … hehehe. Time tu gak aku gi sembang dengan bebudak lain kat atas cerun bukit. Saje nak lepak-lepak dengan orang lain pulak. Buleh gak usha dome diorang yang lagi best dari dome group aku. Rasenye kalo ikut ranking yang ditilik oleh aku.. group aku ni nombor 2 antare semua group kat HBP ni.. tapi nombor 2 dari belakangla. J




Malam presentation takde pape yang bes. Biase jek aku tengok. Semua orang sibuk dengan dome memasing…dome group aku dengan adik dah selamt kami bawak naik.. touch up mane-mane yang patut je.




Aku melepak kat cerun bukit melihat bintang-bintang dan bulan.. dari jauh dapat aku lihat dengan jelas jambatan Pulau Pinang. Nampak lampu jela. Kehkehkeh. Tapi memang cantik dengan lampu ketenye bergerak-gerak macam semut.. ditengah samudera .. kapal besar dan kecik pun nak juge pasang lampu tu… ekekek.




Aku kembali melihat bintang.. seumur hidup tak pernah aku tengok taik bintang atau dalam bahase sainsnye.. sang komet. Hehehe. Pelik gax aku… nape Theli buleh nampak? Nape aku tak leh? Dah banyak kali aku perati tapi takde satu pun yang menerjah masuk ruang mate. Mungkin takde rezeki aku. Takpela.. bintang lain aku ade la .. bintang kecil.. iaitu adik aku.. bintang hati lak… ehem… ehem.. ahakss.. biola . hal yang dah lepas tak payah diungkit kembali.




Malam ni bleh aku tengok suasana gembire di kalangan bebudak HBP. Cahaya flash kamera tak henti-henti sana sini. Yela.. keje dah beres.. mane tak lega. Banyak kebaikannye buat menatang nih.. memang aku ngaku la ia banyak memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan dan mengeratkan perpaduan serta sillaturrahim. Aku melihat sekor-sekor bebudak group aku.. semuanye dah bermesra dengan geng Ina, bagusla camtu. Theli dah ok dengan Ina. Amin pun suke kat Embe.. biola… Nuar lak admirer kat Vee.. kihkihkih. Jang masih kaye dengan gelak ketawe die tu cam aku gak. Hahah.. Jenal? Sekali sekala menyakat Niza. Sha? Kekadang ade.. kekadang takde. Niza kekal juara sebagai pembecok terhandal kat dunie serat jadi mangsa kutukan aku yang maha hebat… keskeskes. Aku? Aku masih di sini.. di atas cerun ni.. bukan di atas pokok mau pin di dalam jamban… merenung.. merenung ape yang dah terjadi dan ape yang bakal terjadi. Peh maa siolll!!! Anyway aku suke semua… gua cayala sama lu olang sumerr.. keskeskes.




Pernah suatu ketike aku serbe salah samada nak terus tolong group adik atau biarkan aje. Ade yang mempersoalkan tindakan aku menolong diorang. Aku tak kisah lerrr. Pale otak dah lali dengan semua tu. Yang pastinye aku tolong dengan eklas hati aku. Mana yang mampu aku tolong .. aku tolong. Dan sebab lain adalah aku nak tolong adik aku tu.. pasal die adik aku.. ceh! Ape punye ayat daaa. Hehehe. Ape gune abang kalo tak tolong adiknye ye tak? Dan bukan disebabkan oleh Embe.. kebarangkalian die amat kecik sangat. Jadi terpulangla pada sesape nak nilai. All human do not have the same way.. the same thing… the same mind.. ahakss. What ever… all noo the same.




Hish! Lampu merah ape lak ni? Takkan alien nak tembak aku kot? Aku cube menguis-nguis cahaya tu. Kemane aku gi cahaye tu ikut. Ni mesti ade orang mian laser. Cilakoi betoi.. Amin ropenye, Theli pun ade same.




“Woi! Mu mengelamun apo kat situ.. marila turun”, Theli meminta aku turun.




“Takpe ah.. hang pa pi la dulu.. nanti aku gi”, aku memberi jaminan.




Diorang ni memang otak gila macam aku gak. Mengacau orang dah jadik keje part time. Amin menghalakan laser tu pada group Ina. Aku menepuk kepale bile laser tu dihalakan pada tempat yang tak sepatutnye oleh Amin. Kat bontot. Kat Sha lak tu. Theli tergelak sakan. Aku pun ape kurangnye. Hakhakhak. Diorang tak sedor lak tu diperkotak katikkan camtu. Rasenye sumenye dah kene ambik kesempatan dek Amin dan rakan-rakan.. hahahahheheehhJ




Aduss.. nape la aku suke kat 2 orang manusia yakni pompuan yang bukan ahli keluarge aku atau sekroni dengannye. Arghhhh.. ini bukan tahap suke dah ni. Dah masuk tahap sayang teramat dah ni. Makin peninglak kepale aku. Nape la aku nak suek kedua-duanye dalam satu mase? Yang aku ni pun gatal gak.. sape suruh suke kat budak-budak tu… cesss.. apola aku ni.




Pasal Embe tu aku dah tak kisah dah.. die buleh tentukan care hidop die sendiri. Lagipun ader orang lebih sayangkan dier dari aku. Gile-gile ah mamat tu admirer kat die. Aku pun malesla nak lebih-lebih. Si beskal tu selalu chatting dengan Embe. Aku pun tak ingat name die. Lagi pun aku kan tak suke bersaing. So, better aku teruskan hidop aku dengan besnye. Kan aku ader Lin… hehehe. Tapiiiiiiiii… nak ke die kat aku? Takut gak aku dibueknye.. yela! Aku selalu ajek mengelak dari die… padahal seboleh-boleh nak tengok die selalu. Seboleh-boleh nak tengok die senyum yang selalu buat aku cair maaa. Rase nak pitam pun ade gak bile die senyum meleret macam kucing tu. Tu la kan.. dah la aku selalu sangat kutuk die… mesti die sakit hati dengan aku.




Pentauliahan senior dah seminggu berlalu.. pehhh.. memang best la sesangat. Dah terlepas dari penjara sementare. Serius talk lar. Keseluruhan time tauliah memang penat maaa. Tapi okla.. semuanye dah berakhir. Rase macam burung terlepas dari sangkar. Aku rase macam terlepas dari sangkar. Sepanjang aku dok dalam USM time tauliah ni memang payah sungguh nak tau pasal dunia luar. Jadi macam orang Mesolitik pulak. Macam hidup dalam gua. Walaupun ade TV.. Tv tu pun bukan kitorang yang tengok.. khas untuk senior jek.




Takde lak cite bes sepanjang tauliah tu… ala.. yang best pun cume time cuci pinggan jek. Sebab mase tu semua orang seboleh-boleh tak nak turun baris pagi sebabnye sebelum buat pape keje… kene berlari dulu.. arghh.. letih gile siollll. Dah le aku ni tergolong antara yang cepat semput. Tak larat aku nak berlari keliling USM ni. Hampeh tol dakwat pen ni.. tengah aku syok-syok tulih.. die pulak buat semput. Same jek pen ni dengan aku. Keskeskes. N then, bile summer IPTA dah sampai USM baru la kami tak payah turun berlari. Mase ni la banyak geng-geng aku take cover. Tak kire la laki ke pompuan tapi tak semua la. Aku? Hmm.. aku ade la sekali sekala take cover. Tu pun sebab dah tak larat. Tido ler nikmat paling best time tu. Aku sebenonye tak sanggup nak tengok member keje teruk atau kene belasah dek jurulatih. So, aku mesti turun tapi yang lemahnye aku suke turun lambat.. hikhikhik.




Pernah sekali tu aku, Pian, Theli, Peja n Agus turun lambat baris petang. Mase tu semua IPTA tak datang lagi. N then kami ken pakai loreng. Bile kami sampai jek.. semua kengkawan aku dah kene belasah dengan jurulatih Cik Zakaria. Mak oi, risau gak aku kalo bebudak tu bengang dengan kitorang. Bile sampai jek Cik Z terus suruh lari pusing markas 10 round. Pehh.. penat sial. Banyak giler air sungai peluh mengalir dalam baju. Dah la tu panas. Sejak tu kami berlime digelar ‘5 Jahanam’ sebab selalu sangat menyusahkan orang.. keskeskes.




Tapi kan dalam banyak-banyak benda yang jadi dalam time tauliah tu yang paling aku ingat sekali mase basuh pinggan lerr. Ade la satu hari tu.. kejelesan aku meluap-luap.. disebabkan tak tau nak ngadu kat sesape so aku ngadula kat diri aku sendiri maknenye aku diam jer la di samping melayan kerenah bebudak PALAPES.. member-member gua la. Kekadang aku maleh nak layan diorang sebab mase ni mate dengan hati aku tertumpu kat seorang budak kecik molek tapi tak la kecik sangat… hehehe. Hari tu bukan turn kumpulan aku yang membasuh pinggan tapi kalo tak silap aku.. group Debab kot. Mase tu jugak adela group pompuan ni. Diorang dah habis keje kat markas so diorang datang tolong bebudak yang basuh pinggan. Aku bile nampak die dengan bebudak pompuan tu punyela seronok tapi takdela aku kaco budak kecik tu membasuh pinggan. Aku lepak kat border jalan je tapi agak jauh sikit dari tempat basuh. Paham-paham jela sekarang ni hebattol bebudak ni mengkenen-kenenkan aku dengan die. Takkan la aku nak mencapapkan diri kat situ kot. Nanti ape lak kate orang terutamanye golongan-golongan yang suke kat die. Aku tak kisah pun budak-budak ni nak kenen-kenenkan aku .. dah lali beb. Ala, sejak dulu lagi memang macam tu. Time aku suke kat Farah pun cam tu jugak.




Kekadang menyirap gak aku dibuatnye. Yela, manila tau si Lin tu memang tak suke aku langsung. Mestila die pun buleh naik angina gak orang dok peril-perli die. Tapi betolla kejelesan aku ni memang tahap paling jeles berbanding dulu. Dulu aku cool jek.. aku rase la ni mesti sebab pengalaman yang lepas kot. Dulu aku teruk… tak amik berat dan menyakitkan hati orang jek.. heheh.. ah.. biar la.. cerita lama. Eh, tapi bagus jugak gossip-gosip ni.. mane tau ader peluang. Hikhikhik.. taktik beb.. taktik beb. Paling aku jeles sekali time membasuh tu bile aku tengok si kecik tu bermesra dengan sape tah.. tak ingat la… ala.. aku bukan buleh buat ape pun… bukan isteri aku… bukan bini aku… bukan makwe aku… bukan awek aku… apetah lagi permaisuri beta.. hahaha… arghhh.. terbakar betol. Sikap die yang keanak-anakan mencuit hati aku… tengok la care die basuh pinggan… suke betol aku tengok die gune hujung jari die. Aku cume buleh berteleku kat bahu jalan tu. Aku pejam mate rapat-rapat membayangkan aku basuh pinggan bersame insan yang aku sayang ni .. poyo gile aku ni…. Ahahha…ala, biarla terbayang wajah die yang ayu tu cukupla. Ceh.. semua pompuan yang aku suke, sume aku kate ayula, ayat lebih kurang jek. Hahaha. Biala aku cume bermimpi.. janji ada… sekurang-kurangnya angan-angan boleh gantikan reality yang tak pasti ni… eh… tapi kalo angan-angan jadi reality camne ek? perghhh!! Bahgia dunia.




Mase yang ditunggu-tunggu pun datang. Akhirnye berjaye jugak aku mengharungi saat tauliah senior ni. Nanti aku dengan kawan-kawan aku lak bile sampai masenye. Ish, letih tak letih korang tanyela sesape yang pernah gi tauliah. Tau la betape seksanya hidup. Tapi nak tak nak kene la lalui. Dah itu jalan yang aku pilih. So, terime jela ek. Aku tak ingat la ape yang jadi last day kat USM… ntahla… tak ingat pape. Yang aku ingat aku ader cuti lebih kurang 2 minggu kot. Aku amikla peluang balik rumah. Seingat aku lagi si kecik tu tak balik kot. Ala, takkan nak balik kot kan.. die asal Melaka. So, susahla nak balik. Lagi pun tak berbaloila balik setakat 2, 3 hari jek. Die terlibat dengan pengambilan junior mase orientasi pelajar baru USM. Waduh, jadi perindu la aku selame seminggu.. orang kate sekejap.. tapi aku.. tuhan jela yang tau.