Perekaan : Arca Ikan (Subjek - Ikan Layaran) -
PDPC 220822 (Isnin), 240822 (Rabu), 250822 (Khamis) & 260822 (Jumaat)
Soalan a)
- Pelajar perlu memahami soalan terlebih dahulu
- Pelajar perlu kenalpasti kata kunci dalam soalan
- Guru menerangkan bagaimana untuk melakar dan melukis
- Subjek boleh diwarnakan atau dirender dengan pensel atau pensel
- Pastikan saiz yang dilukis memenuhi separuh ruang kertas lukisan atau 2-3 kali ganda berbanding gambar dalam kertas soalan (memenuhi ruang)
- Gunakan teknik melukis untuk menonjolkan sifat subjek
Soalan b)
- Gubahan dalam bentuk gabungan, berasingan, pertindihan dll mengikut kreativiti
- Menonjolkan ciri-ciri asal subjek
- Lakaran mesti jelas
- Boleh dilukis menggunakan pen atau pensel
- Arca mesti nampak logik untuk dipakai oleh manusia
- Rekaan gubahan arca dilukis satu arah sahaja dan komposisi rekaan disarankan dalam perspektif berlainan
IDEA - kepala., tulang, abdomen, lining, warna terang dan gelap dll mengikut kreativiti masing-masing.
ARCA - ciri utama : stabil, berlainan sudut pandangan, senget, tegak, lonjak, tergantung, sirip dll yang difikirkan perlu
Soalan c)
- Melukis arca mengikut rekaan yang dipilih di (b)
- Rekaan arca mesti sama sepenuhnya
- Ubah di (b) jika rekaan akhir berubah di (c)
- Boleh diwarnakan atau gunakan pensel sahaja-
- Gunakan pen tebal untuk garisan luar
- Gunakan pen nipis untuk perincian (detailing)
- Render untuk menampakkan kesan ton realistik
Arahan : Dengan menggunakan media kering (pensel/pensel warna/pastel dll), pelajar diminta untuk menjawab soalan (a) dalam sehelai kertas lukisan

No comments:
Post a Comment