Thursday, May 20, 2010

Dermalah Darah Anda...

Mungkin ramai diantara kita tidak pernah menderma darah. Saya boleh dikategorikan penderma tegar dan setakat ni dah pun menderma sebanyak tuuuttt kali dan kebanyakannya di Hospital Parit Buntar atau mana-mana anjuran Kementerian Kesihatan.

Namun sejak akhir-akhir ini apa yang saya perhatikan majoriti penderma darah sekarang telah bertukar jika dulunya dipenuhi kaum Melayu kini kaum Cina mendominasi carta sebagai penderma. Ini kerana mungkin mereka sedar akan kebaikan menderma darah. Bila kita menderma darah (biasanya 1 pain) tubuh kita akan memproses darah baru bermakna darah lama kita akan dikeluarkan. Macam minyak hitam kereta la...kalau tak ditukar berat rasenye nak bawak kete. Namun pastikan ubat yang disediakan (vitamin) dimakan k.

Saya menyeru rakan2 dan semua marilah sama2 menderma darah dan perolehi manfaatnya disamping membantu orang lain lebih2 lagi jika anda berdarah 'O+ve' seperti saya yang amat2 diperlukan.

Alhamdulillah, kesihatan akan lebih baik kalau kita selalu menderma darah. Ramai yang kata badan boleh jadi gemuk. Memang la akan gemuk kalau makan tak kontrol. pada pandangan akula... bila darah kurang perut akan cepat lapar. Sebab tu la banyak makan. Apabila dikaji lagi orang Cina suka derma darah selain daripada tolong orang, mereka juga diberi keistimewaan dalam perkhidmatan kesihatan. Orang Cina ramai yang bekerja sendiri, untuk ke swasta memerlukan kos yang tinggi. kalau orang gov mcm aku ni tak payah derma pun takpe sbb bil dibayar kerajaan. kalau orang yang keje sendiri dan berniaga? so, dgn cara derma darahla diorang boleh merancang untuk kesihatan. mungkin bukan untuk masa sekarang. bile time tua nanti... badan dah larat.

No comments:

Post a Comment